Connect with us

Viral

“Rindu, tapi ayah tak keluar pun?” Ibu Bawa Anak Lawat Kubur Ayah Buat Netizen Sebak

Merindui seseorang insan yang telah tiada begitu perit untuk ditelan kerana ianya merupakan rindu yang tiada penghujung namun sudah menjadi fitrah hidup, yang bernyawa pasti akan merasakan mati.

Sering kira dengar ayat ‘ayah merupakan cinta pertama anak perempuan”

Memang bagi anak perempuan, ayah merupakan sosok cinta pertama dan lelaki pertama dalam hidup yang tak bisa tergantikan hingga si anak dewasa.

Peranan ayah juga jelas sangat penting untuk membantu putrinya menentukan masa depan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan melawat kubur bapanya, baru-baru ini.

Difahamkan, detik itu sempat dirakamkan oleh ibu saudaranya yang lebih dikenali sebagai Anne Mokhtar di laman Twitter mliknya.

Video yang tular di Twitter:

“Abang saya meninggal dunia tiga tahun lalu semasa Adlina baru berusia dua tahun. Dia adalah anak ayah.

“Kehilangan abang sangat sukar buat kami sekeluarga. Hari ini Adlina melawat kubur ayahnya kerana dia merinduinya”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video tersebut dan ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman mereka saat merindukan orang yang telah tiada.

Benar kata orang, rindu yang tidak ada penghujung adalah rindu pada orang yang telah pergi buat selama-lamanya. Sama-sama kita kita sedekahkan Al-Fatihah buat insan tersayang yang sudah tiada.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.