Connect with us

Viral

“Rindu..tapi Papa mati..” Luahan Sayu Anak Kecil Ini Rindu Arwah Bapa Buat Netizen Sebak

Sering kali kita dengar bahawa ayah merupakan kekasih pertama anak perempuan. Namun, apakan daya tak semua daripada kita bernasib baik.

Ada yang ibu bapanya meninggal ketika mereka masih mengenal dunia dan tidak tahu apa-apa.

Sama juga seperti sebuah video yang tular di laman TikTok, seorang ibu kepada dua orang budak perempuan, Nik Nur Khuzaimah telah memaparkan kedua-dua anak perempuanya itu sudah mulai faham akan ketiadaan bapa mereka yang sudah pergi ke negara abadi.

Berat hati memandang berat lagi bahu memikul. Itulah ungkapan yang sesuai apabila netizen melihat video berdurasi 16 saat itu.

Difahamkan ayah kepada dua orang budak perempuan ini telah kembali kepada pencipta oleh akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu konvoi beramai-ramai ke Sungkai, Perak pada tahun lalu.

Menerusi video tersebut, memaparkan dua budak perempuan tidak dapat menahan sebak dek kerana rindu akan arwah bapanya yang juga merupakan seorang polis.

Salah seorang anak perempuan yang dipecrcayai anak sulung daripada dua beradik tersebut sempat meluahkan rasa rindu dan hasrat ingin berjumpa ayahnya.

“Ibu… Hawa nak pergi kat papa. Rindu… Hawa tak pergi lagi.”

Bagaimanapun, adiknya cuba memahamkan kakaknya sudah tiada dan tidak dapat bersua muka lagi.

“Kakak tak boleh pergi kat papa… sebab papa dah mati”

Video yang tular di laman TikTok

@nurrr377Alhamdulillah hmpir 2 tahun..ank2 dh boleh faham yang papa mereka dh xda walaupun mereka msih kcil😌 Trma ksih jd ank yg baik❤️ kamulah kkuatn ibu🌹♬ Sholawat Instrumental Sedih – CR

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih hampir 900 ribu tontonan, 95.6 ribu tanda suka, 3168 komen dan 1999 perkongsian.

Menerusi satu video lain juga dapat dilihat anak perempuannya itu menangis kerana terlalu merindukan arwah bapanya.

“Salam jumaat ..Doakan kami kuat”

@nurrr377 Salam jumaat ..Doakan kami kuat😌#fyp #singlemum #Alfatihah #allahsayang ♬ Ayah – Laoneis

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi dua orang budak perempuan yang mula faham ketiadaan bapanya kerana netizen menyifatkan itu merupakan perkara yang sukar untuk kita fahamkan anak yang masih kecil.

“Sedih nya..yang kecik tu pun dah memahami..semoga membesar dgn sihat & jadi ank yg solehah serta brjaya utk ibu awak ye”


“Their eyes show a thousand meanings”

“Dengan nama Allah yg maha pemurah dan pengasih temukanlah mereka di syurga-Mu kelak nanti…amin ya Allah”

Dalam pada itu, wargamaya juga turut mendoakan yang terbaik untuk keluarga ini dan berharap dua beradik tersebut mengikut jejak ayah mereka untuk menjadi seorang frontliner dan dapat menyelamatkan negara.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.