Connect with us

Viral

[VIDEO] “Rindunya pipi debab” Hanya 11 Bulan ‘Dipinjamkan’ di Dunia, Anak ‘Pergi’ Kerana Jatuh Tingkap,

Malang tidak berbau, begitulah gambaran yang dapat digambarkan apabila seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang terjatuh dari tingkat tiga.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku di kediaman keluarganya di Blok D, PPR Sri Aman, Jalan Aman Putra.

Mangsa sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata polis menerima laporan insiden itu pada jam 6 petang.S

Sepasukan anggota polis dari Balai Polis Jinjang kemudian menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya.”

Katil dirapatkan ke bahagian tingkap untuk mengemas bilik 

“Mereka bermain di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah sebelum terjatuh dari tingkap kira-kira jam 3 petang.”

“Katil berkenaan dirapatkan ke bahagian tingkap untuk mengemas bilik terbabit.”

Tingkap bilik tidak mempunyai jerigi

Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik itu tidak mempunyai jeriji dan katil diletakkan berdekatan tanpa sebarang halangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Eng Lai lagi, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden itu.

Ibu bayi bawa mangsa ke Hospital Selayang

“Ibu bayi membawa mangsa ke Hospital Selayang (HS) untuk mendapatkan rawatan dan apabila tiba di Unit Kecemasan Hospital Selayang, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.”

“Mayat kemudian dirujuk ke Unit Forensik HS untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Punca daripada kecederaan parah di bahagian kepala

Katanya lagi, hasil laporan bedah siasat mendapati berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Facebook oleh seorang pengguna bernama Arry Ariffin yang turut berkongsi berita sedih itu di media sosial.

Syukur diberi peluang tatap dan kucup dahi awak buat kali terakhir

“Alhamdulillah selesai majlis pengebumian baby aira , syukur diberi peluang untuk tatap wajah dan kucup dahi awk untuk kali terakhir.”

“Wajah awak cantik sangat sayang, pipi awak tetap comel. Selamat berbahagia awak di syurga yang indah.”

Semua cemburu dengan pemergian awak sayang

“Perginya dirimu di bulan yang mulia tanpa membawa sedikit dosa pun. Subhanallah semua cemburu dengan kematian awak sayang.”

“Kerana awak adalah insan terpilih yang dijemput allah dibulan yang mulia. Kakak redho dengan pemergian awak. Semoga kita berjumpa disana ye, iloveyou baby aira.”

Adik budak baik tak banyak kerenah dan senang dijaga

“Buat para sahabat terima kasih kerana sudi mendoakan baby aira. Jasa kalian hanya allah je yang mampu balas.”

“Rindu ebok. Adik budak baik, tak banyak kerenah, senang dijaga. ALLAHUAKBAR semoga kami semua kuat menerima ketentuan mu ini.”

Baju, sikat rambut, kasut, mainan, botol sebagai pengubat rindu

“Hanya baju, sikatrambut, kasut,stroller, mainan, botol susu, getah rambut, sabun mandi, yang dapat mngubati rasa rindu ini.”

“Biskut awak banyak kakak beli tapi sayang awk tak sempat makan. Kakak order biskut raya banyak2 sbb kakak tau awk suka.”

“Sedih kakak dik, selalu petang cmni kakak balik keje awak msuk bilik akak baring sebelah kakak tapi sekarang hanya tinggal kenangan dan air mata je.”


Hanya 11 bulan Allah pinjamkan adik untuk kami

Sementara itu, turut berkongsi berita sedih itu adalah bapa kepada bayi perempuan ini yang meluahkan rasa hati merindui pada anaknya menerusi laman Facebook.

Kami sentiasa rindukan adik

“Hanya 11 bulan sahaja Allah pinjam kan adik(gendud) untuk kami semua. Gelak ketawa adik menjadi kenangan terindah buat kami.”

“Kami sentiasa Rindukan adik. Kakak Haziqah pon asik tanya adik je.”

Lepas ini daddy dah tak boleh nak cubit pipi debab adik

“Lepas ni daddy dah tak boleh nak cubit pipi adik yang debab tu. Daddy akan sentiasa merindui Adik.”

“Tenang dan damai lah bersama percipta mu wahai anak syurga. Berseronok lah di taman syurga, yang kekal abadi. Al-Fatihah buat Baby NUR AIRA BATRISYA 16/5/2020-2/5/2021.” 

Selain itu, ayah kepada adik Nur Aira Batrisya turut berkongsi satu klip video gabungan gambar-gambar comel bayi itu di aplikasi TikTok.

@mohdhazlan.j♬ Al-Fatihah – Ustaz Haji Ahmad Mustafa Bin Mohd Sidin Al-Muqri

Salam takziah buat keluarga adik Nur Aira Batrisya, semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.