Connect with us

Selebriti

Guna Gambar Bekas Suami Di Family Tree Anak, Rita Rudaini Dituduh Masih Belum ‘Move On’

Menjadi seorang ibu tunggal ataupun single mother bukanlah satu perkara yang mudah kerana hakikatnya, pelbagai perkara yang perlu ditanggung mereka sendirian tanpa pertolongan suami seperti makan dan minum anak-anak, keperluan mereka dan sebagainya.

Selain itu, kebahagiaan anak-anak juga akan menjadi keutamaan bagi setiap wanita bergelar yang bergelar ibu tunggal.

Umum mengetahui bahawa pelakon terkenal Rita Rudaini merupakan seorang ibu tunggal yang kini membesarkan dua orang cahaya mata bersamanya.

Terbaharu, Rita berkongsi perkembangan anaknya di laman Instagram, iaitu Airit Rayyan Rizqin di mana Rayyan diberi homework oleh gurunya untuk melakukan carta keluarga ataupun family tree berserta gambar.

Nampaknya perkara itu mungkin akan jadi sedikit janggal kerana Rita dan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan Abdul Razak sudah lama bercerai dan perhubungan mereka tidak berada dalam keadaan yang baik.

Namun Rita sebagai ibu nampaknya bersikap profesional dengan meletakkan gambar bekas suaminya itu di dalam carta keluarga berkenaan.

Menulis di ruangan kapsyen :

“Family tree lagi …mommy sebenaqnya nak print pic Hyun Bin ganti tempat daddy..tp mommy takut ticer adik pengsan pulak,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Perkara itu turut mendapat perhatian ramai warganet yang turut memberikan pendapat mereka, malah ada yang merasakan Rita berhak mendapat lelaki yang lebih baik.

Dalam kebanyakan komen yang diterima, ada juga yang mempersoalkan tindakan Rita yang dianggap seolah-olah masih tidak boleh ‘move on’ dan tergila-gilakan bekas suami, namun ramai yang menyokong beliau kerana pada pendapat mereka, bekas suami pelakon berkenaan tetap ayah kandung yang sah, jadi tidak salah untuk Rita meletakkan gambar beliau di carta keluarga tersebut.

Bagi mereka yang pernah mengalami penceraian atau ibu bapa berpisah, pasti tahu betapa perit untuk lalui perkara-perkara seperti ini.

Terdahulu, Rita Rudaini ada memuat naik luahan hatinya mengenai kehidupannya sebagai single mother di laman Instagram miliknya.

Menurut Rita, setiap wanita yang bergelar ibu tunggal sebenarnya seorang wanita kuat yang sedang diuji Allah SWT kerana Allah tahu mereka mampu melakukannya.

“Kenapa ALLAH pilih kita jd singlemom? …sbb ALLAH tau kita mampu hidup tanpa lelaki…ALLAH tau kita kuat ..ALLAH xkn uji di luar kemampuan kita…”

Percaya apa yang terjadi adalah ketentuan ilahi dan semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, Rita meminta kepada semua ibu tunggal untuk redha dan bersyukur kerana ini adalah ‘hadiah’ yang terbaik dari Yang Maha Esa.

“Kenapa ALLAH tarik suami dr dlm hidup kita?… sbb ALLAH syg kita n xnk kita bersedih…
Setiap apa yg DIA bg,semua ada sbb …percaya dgn apa yg DIA beri pd kita…redha n bersyukur…kerana itu lah hadiah dr DIA…kenapa kita perlu mengeluh? seolah2 kita menolak hadiah ALLAH….”

“Dan kenapa sisturr masih sendiri hingga skrg? Kerana sisturr tgh menikmati hadiah dr DIA.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Malah Rita juga sempat memesan kepada ibu-ibu tunggal yang menghantar direct message ataupun DM kepadanya di laman Instagram untuk terus kuat dan bangun dari kesedihan.

“So utk singlemom yg ada DM sisturr mintak kekuatan,tgh bersedih,tolong bangkit dan sedar ‘ia’ adalah 1 hadiah yg xternilai yg korang mmg xnmpk apa yg ada di dpn tp DIA lebih tau apa yg dia beri pd kita…percaya pd perancangan ALLAH…”

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.