Tindakan kanak-kanak yang menghidapi Austisme ini terkadang sememangnya diluar jangkaan. Sebab itulah ibu bapa sering beringat agar ‘extra’ berjaga-jaga supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak difahamkan ditemui di dalam semak selepas hilang di kawasan Prumahan D’Sri Gayang, Tuaran, Sabah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_asrulj, kanak-kanak bernama Saiful Ihsan Zahari itu tiba-tiba hilang tanpa disedari oleh ahli keluarganya yang terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimana pun, Adik Saiful berjaya ditemukan dalam keadaan ketawa riang selepas hampir 4 jam operasi pencarian dilakukan.

Menerusi ruangan komen, ada segelintir netizen yang menyifatkan kanak-kanak tersebut telahpun terkena gangguan bunian.
“Dia tengah seronok bermain dengan kawan-kawan dekat alam sana tu kena bawak dia berubat sebab jasad dah jumpa tapi roh masih dekat sana,” tulis seorang pengguna TikTok.

“dulu ada kes jumpa budak hilang then budak tu gelak2 macam ni.. rupanya roh budak tu bertukar dengan roh bunian”

“terkejut dengar dia gelak tengok tu bukan diri dia.. bawa pergi berubat dia macam tengah seronok tu dekat tempat alam lain”

Susulan perkara itu, seorang pengguna Facebook tampil mendedahkan situasi sebenar sekaligus menjelaskan bahawa reaksi ketawa itu adalah normal untuk seorang kanak-kanak autisme.
“Perasan tak dia masih tergelak-gelak macam tiada apa-apa. Sangat common bagi anak2 autism react tak kena dengan situasi. Dan sangat2 common juga mereka tak faham konsep bahaya. Tak tau takut”
“Selain itu, anak-anak aku sendiri contohnya sangat-sangat tertarik dengan air. Jadi memang huru-hara jadinya bila tengah jalan-jalan jumpa air. Tak terbayang jika diorang sendirian terlepas ke sungai, ke pantai…ke tasik…”
Video yang tular di TikTok:
Perkongsian di Facebook:
