Ferenc Puskas menjaringkan 84 gol antara tahun 1945 dan 1956. Cristiano Ronaldo berjaya memecah rekod Ferenc Puskas sebagai pemain Eropah dengan gol terbanyak di peringkat antarabangsa.
Jaringan gol Ronaldo pada minit ke-4 menentang Maghribi di perlawanan Piala Dunia 2018 pada hari Rabu telah menyaksikan Ronaldo memecah rekod yang dipegang pemain Hungary, Ferenc Puskas.
Baca: Jadual Live Piala Dunia 2018 RTM & Astro
Selepas mencipta hatrik menentang Sepanyol minggu lalu, Ronaldo menyamai rekod Puskas dengan 84 gol antarabangsa, namun gol menentang Maghribi pada Rabu mengesahkan Ronaldo sebagai pemain Eropah dengan gol antarabangsa terbanyak.
Walaubagaimanapun Cristiano Ronaldo masih perlu menjaringkan lagi 24 gol di peringkat antarabangsa jika mahu menyamai rekod yang dipegang Ali Daei, bekas penyerang Bayern Munich dimana Ali telah menjaringkan 109 gol dalam tempoh 13 tahun untuk Iran dari tahun 1993 hingga 2006.