Connect with us

Viral

“Rosak Footage” Selamba Guna Vacuum Semasa Majlis Akad Nikah, Luahan Photographer Buat Netizen Terhibur

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan. Di dalam proses perkahwinan, akad nikah merupakan salah satu saat yang paling getir dan mendebarkan sang pengantin khususnya pengantin lelaki.

Melalui si wali, dengan satu genggaman tangan sahaja dan luahan akad nikah ‘Saya Terima’ sudah cukup menggetarkan lutut si lelaki tersebut.

Bagi photographer, sudah tentu ini detik-detik yang sangat istimewa untuk dirakamkan. Manakan tidak, kenangan sememangnya tiada tarikh luput jadi ini lah satu-satunya kenangan yang boleh dibawa hingga ke akhir usia.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki selamba menggunakan vacuum ketika akad nikah mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jijibad, kelihatan suasana ijab dan kabul di dalam sebuah masjid.

Namun apa yang membuatkan abang camera man ini geram adalah ada seorang lelaki yang selamba menggunakan vacuum sewaktu acara akad nikah dilangsungkan dan ini menyebabkan suara di dalam video yang dirakam menjadi tidak jelas dan bising gara-gara vacuum tersebut.

“Ngam2 time nak akad nikah dia boleh pi vacuum masjid.. rosak footage gua” ujar lelaki ini.

“Gampang betul suh aku gi tegur, aku dah kata ngam2 nak record akad nikah baru orang tu vacuum kat situ haha aku dah setup baek nak dapat footage akad”

“Jangan buruk2kan pakcik tu woiii ! Dia mungkin tak perasan ada nikah kat situ, aku hanya meluahkan perasaan geram time2 akad nikah dia nak vacuum hurm” katanya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@jijibad Binawey bethol #weddingvideo ♬ original sound – firdauchious

Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih 342.4K tontonan, 28.9K tanda suka, 796 komen dan 229 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah lelaki tersebut yang seolah-olah tidak hairan dengan acara yang berlangsung di dalam masjid itu malah dengan tidak bersalah menggunakan vacuum yang berbunyi sangat kuat.

Berikut merupakan komen warga maya:


Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.