Connect with us

Selebriti

Rossa Sera & Shuk Sahar Dalam Perbincangan Untuk Bersama Semula, Akui Hubungan Lebih Baik

Sejak kebelakangan ini, nama Shuk Sahar dan Rossa Sera ini sering menjadi tumpuan netizen di platform media sosial berkaitan isu rumah taggga mereka.

Pun begitu, baru-baru ini kecoh apabila bekas isteri Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohamad Shukri bin Mohamad Sahar ini telah berkongsi beberapa video dan momen yang manis dimana anak-anaknya dilihat bersama Shuk semasa menghantarnya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah.

Walau bagaimanapun, Rossa Sera menjelaskan keputusan untuk mereka bersama atau tidak masih dalam perbincangan keluarga dan melibatkan banyak pihak yang terbabit untuk proses tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Rossalenah Natassyaih Asshaferah atau lebih mesra dipanggil Sera ini mengakui hubungan mereka semakin lebih baik dan mengatakan dia turut gembira dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kehidupan pelawak itu.

“Nak cakap soal terima Shuk semula tu, saya tak boleh nak beri komen apa-apa sebab masih dalam perbincangan antara keluarga. Banyak pihak terbabit dalam proses perbincangan. Setakat ini tak ada komen untuk saya terima dia balik atau sebaliknya…”

“Sudah tentu saya ada minta doa yang baik-baik, bukan saja dari segi rumah tangga kami, tapi daripada Shuk sendiri mesti dia pun nak yang baik-baik dalam hidupnya. Saya pun gembira dengan keadaan sekarang. Shuk dengan anak-anak semakin baik. Shuk pun dah nampak lebih baik dari sebelum ini yang umum tahu,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi mengenai rumah tangga Sera dan Shuk namun mereka turut menitipkan doa yang baik-baik buat pasangan ini jika ditakdirkan untuk bersama semula.

Antara komen warganet di laman Facebook:

“Bagus lah klau sama-sama nak rujuk…jgn lepas nih buat lagi. . belajar dari kesilapan. .rujuk dan sama-sama ke jalan yang baik . . semoga Allah permudahkan segala urusan aaminn..”


“Betul tu berbaik sebab anak..tak bermaksud kena rujuk balik…even kita jodoh ngan org lain skalipon, tak salah berbaik..dia happy dengan pilihan dia..kita happy dengan jodoh kita..perasaan anak kena jaga…”


“Alhamdulillah. hidayah itu dari Allah. takde manusia yg sempurna dalam dunia. benda yg baik dijadikan tauladan dan yg tak baik jadikan sempadan. sya doakan kita semua dilindungi oleh Allah SWT.”


“Kalau betul-betul berubah silakan rujuk semula demi anak-anak …tapi kalau masih tak berubah tak payah lah nk menyeksa jiwa raga…semoga yg baik-baik untuk kamu berdua..”

 

Sekadar info, Rossa Sera dan Shuk telah mendirikan rumah tangga pada 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan Nur Qurratu Ain, 5 dan Assyifatu Aimi, 2.

Continue Reading
Advertisement