Connect with us

Viral

RSV Kini Mula Jangkiti Kanak-Kanak, Ganggu Saluran Pernafasan Dan Paru-Paru

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penularan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) secara mendadak yang menjangkiti kanak-kanak.

Bukan HFMD sahaja, rupa-rupanya masih ada satu lagi penyakit yang sering menyerang kanak-kanak. Penyakit tersebut dipanggil RSV (respiratory syncytial virus).

RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sering berlaku kepada kanak-kanak dibawah usia 2 tahun.

Beberapa hari lepas, seorang wanita telah berkongsi di mana anak perempuan, Yaya ditahan di hospital selepas kerap demam.

Menurut ayishwafiy, anaknya on off demam sehingga terpaksa berulang alik ke klinik selama hampir dua bulan sebelum anaknya itu dirujuk kepada pakar.

Setelah Yaya dihantar ke Hospital Pakar KPJ Klang untuk menerima rawatan lanjut, doktor dapati anaknya dijangkiti virus RSV yang kini kerap menyerang kanak-kanak.

Dalam video TiKTok yang lain, Ayish sempat berkongsi antara simptom yang dialami Yaya sebagai langkah berjaga-jaga untuk ibu bapa di luar sana.

Antara simptom RSV ialah demam berlarutan, batuk berkahak, muntah, kesukaran bernafas, sakit telinga, dilihat letih, bunyi nafas berdehit dan hilang selera makan.

Virus ini juga berjangkit menerusi penyebaran melalui mata, hidung dan mulut. Ayish sempat memesan kepada ibu bapa di luar sana agar sentiasa menjaga anak-anak mereka.

Selain itu, dia turut mengingatkan supaya jika anak-anak mereka dijangkiti virus ini, segera dapatkan rawatan.

Sejak video tersebut dimuat naik beberapa hari lalu, ianya berjaya mengumpul jumlah tontonan sebanyak 518.8 ribu dan mendapat 14.5 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, ramai para ibu mula risau kerana anak-anak mereka sedang mengalami simptom yang sama.

Selain itu, mereka sama-sama mendoakan agar Yaya cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“anak sy tgah selsema skg, badan dedo suam2.. risau plak saya.. sorg 3tahun sorg lagi bru 5bulan🥺”

“isnin ritu bru ank dschrge dr kpj klg.selsema batuk 3 mggu tk baik2.. kuman dh merebak kt gegendang telinga.arini last mkn antibiotik.27hb chck up blk”


“Risau pulak Rasa hati ni..sebab anak pun tengah deman..Hari Tu deman..Lepas Tu ok..then dua Hari Yang Lepas..deman balik..badan panas on off..”

“anak saya juga baru saja sembuh..2mg demam on off .alhamdulillah skrg dah ok .get well soon adik manis🥰”

“Semoga cepat sembuh anak”

“moga cepat sembuh syg”

Video yang tular di laman TikTok

@ayishwafiy #VirusRSV ♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.