Terdahulu pernah tular di laman media sosial dimana seorang lelaki membuat tinjauan di sebuah Mall yang dikatakan sangat cantik dan terdapat pelbagai outlet yang menarik namun sunyi sepi tanpa pengunjung.
Bagaimana pun, pada ketika itu Coach Fadzil yang juga owner kepada Malakat Mall akui sedang membangunkan semula mall tersebut.
Terbaru, mall tersebut menjadi bualan ramai apabila video memaparkan solat jemaah dilakukan di sebuah pusat beli belah di Cyberjaya.
Dapat kita lihat, beberapa pengunjung seperti terkesima apabila melihat sejadah dibentang di tengah-tengah lobi pusat beli belah itu.
Difahamkan pihak pengurusan sering mengadakan solat jemaah di situ sejajar konsep perniagaan Islam yang diketengahkan mereka.
Presiden Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, inisiatif yang dilakukan itu adalah demi kepentingan kakitangannya.
Memetik laporan mStar, Presiden Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, inisiatif yang dilakukan itu adalah demi kepentingan kakitangannya.
“Ketika kami mengambil alih dan buat ubah suai mall ini, memang ada satu surau tapi terlalu kecil, lebih kurang saiz empat buah kubur sahaja.
“Jadi kami jadikan ruang legar yang luas ini sebagai tempat solat kakitangan,” ujarnya menerusi hantaran video di TikTok.
Tidak cukup dengan itu, dia juga menegaskan perkara itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk namun memudahkan urusan umat islam.
“Saya terima banyak mesej dan pertanyaan tentang kenapa kami tidak buat surau. Kenapa perlu solat secara terbuka seolah-olah macam nak menunjuk-nunjuk.”
“Semestinya ini dibuat kerana ada sebab-sebabnya, dan ini satu amalan yang baik dan tidak pernah dilakukan di mana-mana mall.”
“Kami juga adalah satu-satunya mall yang melaungkan azan apabila masuk sahaja waktu solat,” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat perkara tersebut susulan ianya tidak pernah dilakukan di mana-mana pusat beli belah di Malaysia.
“Rasa wow… seronoknya kalau semua tempat macam ni. Tapi sekarang saya tak pasti masih berterusan lagi atau tidak. Lagilah kalau ada ruang yang besar macam ni disediakan sejadah untuk mengajak seluruh pengunjung muslim menunaikan kewajipan berjemaah,” ujar berkongsi pengalaman.
“Alhamdulillah. Teruskan walaupun tak setanding mall besar-besar, ingat selagi kita jaga hubungan dengan Allah… Allah akan jaga kehidupan kita. Semoga ada rahmat dalam kehidupan peniaga-peniaga di dalam ni… terbaik.
“Teringat 25 tahun lepas, saya pertama kali masuk pasaraya di Kelantan… kena pula masa nak bayar tu tengah beratur masuk waktu Zohor, dengar azan berkumandang semua kaunter tutup. Pekerja semua berhenti pergi solat. Berdirilah kami kat situ sehingga kaunter dibuka semula.
Video yang tular: