Connect with us

Viral

Rumah Cantik, Reaksi Sempoi Intan Najuwa Bila Diminta Buat ‘House Tour’ Jadi Perhatian Ramai

Beberapa hari yang lalu, nama pelakon hebat Intan Najuwa menjadi bualan hangat netizen dek kerana berjaya melakar keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir semesta dimana dia memperoleh A bagi dua subjek perundangan Undang-undang Jenayah dan Undang-undang kontrak.

Dia yang juga menyambung pengajian di peringkat asasi dalam jurusan undang-undang di kolej BAC, Singapura meraih pujian para netizen selepas bersusah payah berhempas pulas demi mendapatkan kuptusan yang cemerlang.

Tidak hairan lah jika kini akaun TikTok miliknya atas nama @intannajuwaaa diikuti hampir 400,000 pengikut! memang bukan calang-calang orang dia ni!

Jika diikuti perkembangan pelakon jelita ini, sudah pasti ramai yang mengetahui dia mempunyai tempat tinggal yang indah dan cantik.

Siapa sangka, namanya kembali menjadi sebutan ramai apabila dia memaparkan suasana rumah ibu bapanya malah perkongsian tersebut menarik perhatian ramai kerana suasana rumah ibu bapa intan Najuwa ini tidak kurang cantiknya.

Video yang tular di laman TikTok:

@intannajuwaaaThere’s no place I’d rather be than my family house 🤍♬ What A Wonderful World – Live Acoustic – The Macarons Project

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 585.6K tontonan, 47.2K tanda suka, 200 komen dan 279 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terpesona melihat keindahan suasana rumahnya dan ada juga segilintir netizen yang meminta Intan Najuwa untuk membuat house tour.

“walaupun Intan anak orang have have tapi dia tetap berusaha majukan diri sendiri, bukan mengharapkan apa yang ada”- Netizen

Bukan itu sahaja, dalam mas ayang sama, ada juga para netizen yang menyifatkan pelakon berbakat ini tetap berusaha walaupun dia dilahirkan dalam keluarga yang senang dan tidak mengharapkan orang lain.

Berikut merupakan komen warga maya:

“house tour please”

“at least dia kaya dan tak bazirkan duit mak bapak dia”

“beauty with brain, she is!”

“cantik rumah family dia.. baru tahu dia anak have2”


“rumah mak ayah pun cantik”

“anak orang kaya rupanya..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.