Tarikh 4 Disember 2021 merupakan satu tarikh keramat bagi penduduk daerah Lumajang, Wilayah Jawa Timur Indonesia dimana kita dikejutkan dengan perkhabaran letusan gunung berapi Semeru yang mengakibatkan korban nyawa.
Tragedi hitam ini nyata mengejutkan penduduk tempatan yang duduk di sekitar gunung berapi Semeru yang langsung tidak bersedia.
Melalui video yang tular, bukan sahaja kita dapat melihat penduduk yang bereterabuuran lari menyelamatkan diri, cuaca siang yang bertukar gelap seperti malam namun kita juga dapat melihat banyak rumah yang runtuh dan roboh.
Kuasa Allah S.W.T
Bagaimana pun, siapalah kita hendak menidakkan kuasa Allah S.W,t dimana baru-baru ini tular sebuah kisah dimana terdapat sebuh rumah yang langung tidak terjejas selain kelihatan bersih tanpa ada selut mahupun debu meraih tanda tanya ramai pihak.
Manakan tidak, umum kita tahu rumah-rumah disitu tidak dapat dihuni dek kerana ditenggelami debu yang telah mengeras seakan-akan lumpur namun rumah ini masih utuh dan bersih.
Mnurut video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rendra_tegar, satu-satunya rumah terselamat yang kepunyaan Pak Roh ini kelihatan tidak terusik sedikitpun sehingga ramai tertanya apakah ‘amalan’ yang telah digunakan oleh beliau.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.6M tontonan, 162.0K tanda suka, 2219 komen dan 2365 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berpendapat bahawa Pak Roh ini seorang yang alim dan berpegang teguh pada ajaran islam serta sering membuat amal ibadah seperti membaca Al-Quran dan sebagainya.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
Untuk rekod, Gunung Semeru yang terletak di Jawa Barat kembali aktif dan letusan terbaru selepas ‘berehat’ selama setahun tiga hari. Sejak abad ke-19, gunung berapi tersebut telah meletus lebih daripada 70 kali.
Menurut Liputan 6, sehingga hari ini, letusan tersebut telah mengorbankan 39 nyawa manakala 13 lagi masih belum ditemui.