Connect with us

Viral

Rumah Terpaksa Dirobohkan, Pemilik Diarah Keluar Bersama Anak Kecil Walau Sudah Duduk Selama 40 Tahun Undang Sebak Ramai

Rumah merupakan tempat berteduh setiap keluarga bahkan ramai yang menganggap ianya tempat paling selamat daripada pelbagai ancaman luar.
Iospital phone repair gombak
Jadi tidak hairan lah kalau ada yang terduduk melihat rumah hanyut dibawa arus banjir ataupun dijilat api. Patinya ia menjadi tamparan hebat dalanm kehidupan seseorang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana penghuni terpaksa memindahkan kesemua barangan serta merta sebelum rumah dirobohkan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @bulat_legends, difahamkan rumah tersebut dibina di atas tanah berstatus lesen pendudukan sementara atau TOL.

Difahamkan pemilik rumah sudah membuat permohonan kepada pejabat tanah berhubung status tersebut, namun urusan untuk mendapatkan geran gagal.

“Setelah hampir beberapa puluh tahun duduk, dah mohon dengan pejabat tanah untuk TOL… akhirnya yang berduit dapat geran dulu,” katanya pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi insiden berkenaan berlaku.

Berdasarkan perkongsian itu, ramai dikalangan netizen yang mempersoalkan mengapa keluarga terlibat kerana tidak berusaha mencari tempat tinggal lain walhal sudah mengetahui tanah yang diduduki adalah berstatus TOL.

Menurut ahli keluarga, mereka mendakwa tidak diberikan notis untuk mengosongkan tapak berkenaan sebelum kerja-kerja merobohkan bangunan dilakukan.

Mereka turut mendakwa pihak berwajib datang secara melulu selain turut tidak memberikan sebarang pampasan.

Tambahnya, proses merobohkan rumah mereka itu dilakukan oleh pemaju hartanah dan bukannya pihak kerajaan.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sedih dengan keadaan keluarga ini yang terpaksa memasang khemah dan ‘berkampung’ di sebuah halaman.

“Macam mana lah perasaan driver kapal jengkaut time ni” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap kelarga ini bersabar atas ujian yang diberikan dan ada juga yang meminta aktivis terkenal, Ebit Lew dan pengendali platform Founder Misi untuk tampil membantu.

Antara komen wargamaya:

“Sebelum kerajaan roboh, biasa diorang dah bagi notis kosongkan.. tapi ruan rumah berkeras tak nak keluar, tu yang jadi macam ni”

“Mesti PBT ada alasan untuk semua ni.. kita tunggu statement keluar”


“Kalau duduk tanah TOL, kene ada future plan untuk cari rumah sendiri”

“Kesian memang kesian.. walau tanah TOL pun, boleh je bagi geran.. 40 tahun dah duduk..”

“Sedihnya lah.. kesian tengok anak2 kecil tu..”

“Yang macam ni ditindas.. luluhnya hati kalau kena dekat family sendiri..”


Video yang tular di laman TikTok:

@bulat_legends setelah hampir brp puluh tahun duduk, dah mohon dgn pjbt tanah utk TOL, akhirnya yang bduit dapat geran dulu, sebab ade yang tidak amanah ‘ orang kampung jugak tade orang lain … #sprm #pdrm ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@bulat_legendsharap orang yg berkerjasama dengan glomac 7 keturunan takan selamat hidup dia ‘ dia bia kan kami anak anak kecik yg tahu hanya keseronok kan saja dia nikmati , korang sedap dduk dirumah mewah👍♬ Ya Allah – Wali

Continue Reading
Advertisement