Connect with us

Selebriti

“Saat ini dia perlukan doa ikhlas daripada peminat” Ibu Sandra Dianne Rayu Pulangkan Telefon Bimbit

Sebelum ini, kita dikhabarkan dengan berita duka apabila salah seorang peserta Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne telah terlibat dalam kecelakaan jalan raya.

Ibu rayu pulangkan telefon bimbit anaknya

Ibu kepada Sandra Dianne iaitu Nor Syakinah merayu kepada individu yang secara tidak sengaja mengambil telefon bimbit penyanyi itu supaya memulangkannya semula.

Menurut Nor Syakinah, telefon bimbit yang digunakan anaknya itu mengandungi maklumat penting melibatkan urusan kerja dan hal peribadi.

 

View this post on Instagram

 

This is my superwomen💪 Hi mom! I love you! 😘😘 . . Makeup : @annawatiemakeupartist Event :Majlis Akad Nikah #fawaaxamirul

A post shared by Sandra Dianne (@sandradianneofficial) on

“Saya merayu kepada mereka yang berada di tempat kejadian kemalangan Sablu lalu, untuk memulangkan semua telefon bimbit anak saya sekiranya ada yang terambil ketika keadaan kelam kabut”.

Segala maklumat ada dalam handphone berkenaan

“Sandra Dianne menggunakan telefon bimbit jenis Samsung S20 Ultra. Ini adalah handphone yang selalu dia gunakan untuk urusan kerja”.

“Segala maklumat media sosial, IG, Twitter dia tersimpan di situ selain maklumat sulit yang lain,” kata Nor Syakinah.

Jelas Nor Syakinah memberitahu perkara tersebut menerusi laman Facebook miliknya pada Rabu.

Difahamkan pada Sabtu lalu, Sandra, 26, dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sandra dalam perjalanan ke sesi latihan mingguan Big Stage

Ketika kejadian, Sandra yang ditemani sepupunya dalam perjalanan ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada masa yang sama, Nor Syakinah mengakui keadaan emosinya tidak stabil dan sudah beberapa hari tidak lalu makan.

Kesal foto anaknya di ICU dimuat naik individu tidak bertanggungjawab

Malah, Nor Syakinah juga meluahkan rasa kesal apabila foto anaknya ketika berada di ICU dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab sehingga tersebar.

“Sejak beberapa hari ini keadaan emosi saya sangat tidak mengizinkan. Beberapa hari ini saya kurang tidur dan tak dapat nak paksa diri sendiri makan”.

“Fikiran saya juga kosong dan tidak dapat fokus. Berita sudah pun disiarkan di link media, pasti ramai yang dah tahu apa yang berlaku” lapor Mstar.

Saya tidak gembira dengan gambar yang disiarkan

“Sejujurnya saya sangat tidak gembira dengan gambar yang disiarkan bersama berita tersebut kerana ia disiarkan tanpa mendapat izin daripada saya”.

“Sandra tak perlukan publisiti dengan cara begitu, yang dia perlukan saat ini hanyalah doa yang tulus ikhlas daripada peminat,” ujarnya.

Sementara itu, wakil syarikat rakaman Sony Music, Vea Norman memberitahu pemilik nama Alessandra Dianne Ampuria itu masih berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di ICU.

 

View this post on Instagram

 

The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams. -Mr Nobody-

A post shared by Sandra Dianne (@sandradianneofficial) on

Kita harap dia kembali sedar dan pulih

“Dia masih dalam keadaan koma sama seperti sebelum ini, kita cuma berharap dia sedar dan kembali pulih,” ujarnya.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan berita berkenaan dan mendoakan Sandra kembali pulih.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.