Connect with us

Selebriti

Asif Akan Tetap Muncul Dalam Drama Spontan Syahmi, Tapi Ada Syarat Perjanjian

PEMINAT bintang YouTube, Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif kini tidak perlu bimbang apabila remaja autisme itu disahkan bakal kembali membintangi slot Drama Spontan di platform video popular itu. Persetujuan tersebut dicapai selepas konflik melibatkan keluarga remaja itu dengan personaliti YouTube, Syahmi Sazli berjaya diselesaikan dengan baik demi kepentingan Asif. Menurut kakak kepada Asif iaitu Siti Nurul Atina […]

Sejak kelmarin isu perselisihan faham di antara Youtuber popular Syahmi Sazli dan keluarga Asif menjadi bualan netizen.

Ramai peminat yang kecewa kerana pada awalnya Syahmi memberitahu berkemungkinan tidak akan ada lagi Asif di dalam video produksinya terutama Drama Spontan.

Namun begitu, peminat Asif kini boleh menarik nafas lega apabila berita gembira telah disampaikan oleh kakak Asif di mana Asif disahkan bakal kembali untuk membintangi slot Drama Spontan di dalam channel video Syahmi Sazli Production.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on

Perselisihan faham selesai

Menerusi satu perkongsian di Facebook kakak Asif, Siti Nurul Atina mengesahkan perselisihan di antara mereka sudah selesai.

“Sila baca, sila hadam…antara sy dgn sepupu sy Syahmi Sazli dah tak ada apa2 masalah..abah pun dh serahkan 100% keputusan kepada sy samada nk teruskan asif dgn syahmi atau tidak..

“and KEPUTUSAN SY, SY SETUJU..asif kena ada syahmi.he is the best for asif..abah? jangan risau..semua dh settle.tentang bayaran and everything yg diputarbelitkan sblm ni semua dah settle.

“MANUSIA TAK SEMPURNA. abah tetap abah kami..jangan kerana 1 kesalahan, semua kebaikan abah terhapus..cukup2 lah yg mengata sy sbg kakak kandung asif suka ambil kesempatan..

“1 seb pun sy tak pernah usik duit Asif Suhaimi. apatah lg nk belanjakan duit tu. malah setiap bulan without fail sy bank in duit utk abah. so please after this kalau ada lg yg FITNAH. sorry to say. i saman.”

Menurutnya persetujuan tersebut dicapai selepas konflik melibatkan keluarga remaja itu dengan personaliti YouTube, Syahmi Sazli berjaya diselesaikan dengan baik.

Bawa bapa bersemuka

Siti Nurul Atina juga memberitahu dia mengambil inisiatif untuk membawa bapanya untuk bersemuka dengan Syahmi berhubung dakwaan isu bayaran gaji dan kebajikan remaja istimewa itu terabai.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai setelah saya bawa abah berjumpa dengan Syahmi dan isterinya, Anissa Faizul untuk berbincang mengenai apa yang berlaku.

“Abah pun dah mengaku segala salah faham yang berlaku berpunca daripadanya dan dia sudah memohon maaf kepada pihak Syahmi,” katanya.

Perjanjian hitam putih

Malah, menurut Atina lagi, selepas ini segala perkara mengenai Asif, Syahmi akan terus berurusan dengannya.

Walaubagaimanapun, mereka menetapkan syarat untuk membuat perjanjian bertulis hitam putih untuk setiap drama lakonan Asif agar isu bayaran lebih jelas.

“ok dah ye… lepas ni syahmi akan direct dgn kak tina je.pasal abah kak tina dah pesan siap2 dah and kak tina mtk syahmi buat 1 perjanjian black and white.

“so after this NO MORE ISSUE .penat weh layan netizen bodo.hok clever takpo.hok pagal hai gak aloh la xsanggup nk baco komen. dh la xkenal kito duk kata mcm2..

“benda dah settle so please ye lepas ni kak tina xmau xmau anyone tag kak tina berhubung issue ni.xpayah la rajin2 anta screenshot gapo hok ore kata ko sis deh.

“sis mmg xbaca pun.tak berminat.ikut demo lah nk kata gapo.yg penting ISSUE DAH SELESAI.”

Semoga dengan persefahaman ini Asif dapat terus bernaung di bawah Syahmi Sazli dan kebajikannya terjaga.

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: "Pernah ke saya kecoh2 yang Asif ni adik saya?" | YOY Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.