Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, telah mengesahkan beliau telah berpisah dengan Aliff Adha secara baik pada Mei lalu.
Perpisahan bukan berpunca dari orang ketiga
Menurut Sharifah Sakinah, perpisahan mereka bukan berpunca daripada orang ketiga setelah mereka berdua tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.
Sementara itu, kakak kepada pelakon berkenaan Sharifah Shahirah sempat mengulas lanjut mengenai penceraian adiknya itu.
Aliff seorang suami yang baik sepanjang 5 tahun
“Kedua belah keluarga sudah cuba memberikan nasihat, tapi tak boleh paksa,” kata penyampai radio Suria FM itu.
Menurut Shahirah yang mesra disapa Shira berkata, perbincangan yang dibuat bersama keluarga itu tidak menjurus kepada mencari salah siapa.
Bahkan, Shira turut mengakui Aliff seorang suami yang baik sepanjang lima tahun berkahwin dengan Sakinah.
Keputusan ini memang sedih
“Keputusan itu memang sedih. Mereka sudah buat keputusan dahulu kemudian berjumpa semua keluarga untuk bercakap mengenai perkara itu”.
“Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan bertekak salahkan sesiapa. Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami”.
Keluarga Aliff sangat bagus
“Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik” ujarnya kepada Harian Metro.
“Pastinya Aliff sudah cuba pertahankan yang terbaik, tapi mungkin sudah tak ada jodoh,” katanya lagi.
Jangan tanya sebab apa cerai
Selain itu, Shira turut menjelaskan dia sendiri tidak tahu menahu punca perpisahan pasangan itu.
“Jangan tanya sebab apa cerai, sebab memang tidak tahu apa-apa”.
“Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay”.
Doakan yang terbaik untuk mereka
“Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka,” katanya.
Terdahulu, Sakinah berkongsi perkahwinan dibina bersama Aliff terlerai pada Mei lalu setelah pasangan ini berkahwin selama 5 tahun.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Anais yang kini berusia tiga tahun.