Setiap pasangan yang sudah berumah tangga pasti ingin menimang cahaya mata sebagai penyeri keluarga dan penyambung keturunan. Walau bagaimanapun, rezeki dikurniakan zuriat tidak sama untuk pasangan yang berkahwin malah ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun lamanya.
Namun, pada zaman yang kian moden ini, sudah banyak teknologi dan kaedah yang boleh digunakan bagi mendapatkan zuriat.
Umum mengetahui, seorang pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Binti Mohd Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Elizad ini merupakan ‘pejuang garis dua’ dimana dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Elizad juga sudah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali namun gagal.
Terbaharu, tular sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan seorang pemanggil wanita di Sinar Fm yang secara tiba-tiba membangkitkan isu anak semasa bercakap dengan pelakon itu. Menerusi video yang dimuat naik oleh @eikazahalia di laman TikTok memaparkan sedutan radio Elizad bersama pemanggil tersebut telah menimbulkan rasa marah di kalangan netizen.
Pada 28 Ogos, Elizad mengumumkan bahwa dia akan meninggalkan konti radio Duo Sinar dan bakal bersiaran pada waktu pagi. Pelakon ini juga bakal kembali aktif dalam bidang lakonan.
Pun begitu, pemanggil wanita tersebut difahamkan meluahkan rasa sedihnya kerana Elizad tidak lagi ke udara. Tidak lama kemudian, secara tiba-tiba pemanggil yang bernama Shima ini telah menyentuh isu Elizad yang masih tidak mempunyai anak.
“Elizad.. err kesian.. tak apa, ramai orang tak ada anak.” kata pemanggil itu dengan nada seperti menyindir.
Tanpa memanjangkan isu tersebut, penyampai radio Elizad ini dilihat tenang dan profesional menghadapi situasi berkenaan lalu menukar topik lain.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa berang dan tidak puas hati dengan tindakan pemanggil wanita yang dipercayai bernama Shima itu kerana menyentuh isu sensitif orang lain. Bukan itu sahaja, mereka menyifatkan pemanggil itu menyindir kerana secara tiba-tiba mengatakan ayat sebegitu.
Antara komen warganet di laman TikTok:
“Aku sakit hati dengar suara dia..cari dia suruh dia minta maaf kat elizad”
“Dah dapat siapa shima ni roger ye, memang jauh dia menyimpang eh. Tetiba je ye..geram lah..”
“Aku geram jugak..macam dia sindir kan.. aishh.. bukan orang cakap pasal anak pun kan..”
“Pemilik suara tu memang the real makcik bawang..”
“Suara lembut tulah bahaya sebenarnya..”
Perkongsian video yang tular di laman TikTok: