Connect with us

Viral

“Sakit mata tengok benda rosak” Gelagat Lelaki Baiki Singki Di Dobi Raih Pujian Ramai

Pada masa kini ramai yang lebih gemar untuk pergi ke dobi ekspres atau lobi layan diri untuk mencuci dan mengeringkan pakaian tanpa perlu berpenat malah ianya juga menjadi pilihan kebanyakkan masyarakat yang tidak berkesempatan untuk mencuci pakaian sendiri.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki bukan sahaja pergi ke dobi untuk mencuci pakaian malah dia juga berkesempatan untuk membaiki singki di dobi tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @izatyrosli94, kelihatan lelaki yang dipercayai suaminya sedang bertungkus lumus membaiki sebuah singki.

Difahamkan, singki tersebut tersumbat dan dia yang dikenali sebagai Mohd Asraf sedaya upaya membaikinya agar boleh digunakan oleh orang ramai.

“tah la mohd asraf.. semoga Allah mudahkan la segala urusan awak” ujar wanita ini

Video yang tular di laman TikTok:

@izatyrosli94tah la mohd asraf 🤣 smoga Allah mudahkan la sgla urusan awak 💕♬ suara asli – Ayuenstar

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 107.2K tontonan, 6303 tanda suka, 129 komen dan 26 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikapnya malah menyifatkan wanita tersebut beruntung memiliki suami seperti Asraf.

“berapa banyak pahala dia dapat lepastu.. memudahkan ramai orang”- Netizen

Bukan itu sahaja, warga netizen juga akui memang terdapat manusia yang ‘sakit mata’ melihat kerosakkan dan tidak kisah untuk membaikinya asalkan benda itu dapat berfungsi seperti sedia kala.

Antara komen warga maya:

“sama lah macam saya.. pergi homestay aircond tak sejuk saya repair bagi sejuk..”

“geram sangat tu sampai repair sendiri..”

“sejenis tak boleh tengok benda tak kena.. ”


“betapa mudahnya pahala masuk kat dia.. besar pahala tolong perbaiki walaupun nampak simple”

“orang laki memang gitu la eh.. sebab laki aku pun gitu paip bilik hotel dia betul kan masa check in bilik tu.. padahal boleh je panggil room services kan..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.