Setiap pemilik kucing sudah pasti akan restock makanan mahupun keperluan yang lain untuk anak bulus mereka pada setiap bulan.
Hal ini sudah menjadi rutin bagi setiap pemilik kucing yang ingin memenuhi segala keperluan kucing belaan mereka.
Bercakap soal restock makanan si bulus, baru-baru ini seorang pemilik kucing telah berkongsi perangai kucingnya si oyen yang ‘gigih’ membantu dirinya menuang makanan ke dalam balang simpanan.
Mula-mula ramai yang ingatkan si oyen itu betul-betul ingin meringankan beban si tuan yang bertungkus lumus menuang makanan dari kampit plastik besar, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu membuatkan ramai berdekah melihat gelagat oyen.
Yang lebih membuatkan ramai geli hati, tangan si oyen turut dilihat bertungkus-lumus menarik keluar makanan yang dituang tuannya daripada plastik makanan seperti ingin memudahkan kerja tuannya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @atotandfriends, sedang si tuan sibuk menyelesaikan kerjanya mengisi makanan ke dalam balang, perbuatan itu secara tidak langsung membuatkan oyen tertarik untuk datang mendekati balang simpanan tersebut.
Namun tak lama kemudian, oyen dengan selambanya makan makanan yang sudah hampir penuh di dalam balang tersebut!
Tuannya juga tidak menghalang malah membiarkannya terus makan. Mungkin sudah terbiasa dengan perangai si oyen ini.
Sejak video tersebut dikongsikan ke laman TikTok, video yang mencuit hati ramai peminat kucing itu berjaya mengumpul tontonan sebanyak 756.1k kali dan 102.1k tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan perangai yang ditunjukkan si oyen. Selain itu, mereka juga dapat membaca muslihat yang ditunjuk oyen dan menyamakan kucing tersebut dengan peribahasa sambil menyelam minum air kerana menolong tuannya dan makan dalam pada masa yang sama.
Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan oleh wargamaya di TikTok
“😂😂😂😂Amboi pjg ye tangan😂”
“oyen tolong mak ke tolong makan sekali😌😌”
“Acik Meh oyen tolong masukan😅😅😅oo baik ade makna ye😂😂😂ko yennn”