Connect with us

Viral

“Sambutan teruk” Peniaga Hentikan Menu Rahmah Di Restorannya, Dakwa Banyak Kerugian Harus Ditanggung

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan sudah mengadakan suatu inisiatif iaitu ‘Menu Rahmah’ yang membantu orang ramai membeli menu makanan lengkap dengan harganya yang mampu milik.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, lain pula dengan kisah baru-baru ini yang tular mengenai seorang peniaga menyatakan bahawa Menu Rahmah yang dijalankan di restorannya itu terpaksa dihentikan dek kerugian selepas mereka menjalankan menu mampu milik itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok itu, kelihatan seorang lelaki yang merupakan pemilik restoran itu sedang menggulung banting menu sambil membuat pengumuman mengenai hentian Menu Rahmah di restorannya telah mencuri perhatian warga maya.

Lelaki itu mendakwa bahawa Menu Rahmah itu tidak menguntungkannya malah merugikan bagi pihaknya.

“Saya tidak boleh menjual Menu Rahmah lagi, ada dua sebab dihentikan, pertama kerana faktor ekonomi serta saya tidak mempunyai modal yang besar dan perniagaan saya biasa-biasa sahaja.

“Kedua, sambutan Menu Rahmah di tempat saya begitu teruk sehingga menyebabkan kerugian,” jelas lelaki tersebut.

Difahamkan, Menu Rahmah yang diperkenalkan di restorannya mempunyai dua pilihan iaitu nasi putih dan ayam masak kicap; atau nasi putih ayam goreng kunyit.

Lelaki itu menjelaskan bahawa pada asalnya dia sememangnya sangat teruja untuk menyokong inisiatif murni itu, akan tetapi dia terpaksa menghentikannya kerana kerugian yang terpaksa ditanggung.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan respons seakan memahami situasi yang dialami oleh peniaga tersebut.

Malah, ada juga individu yang mendoakan agar segala urusan peniaga itu dapat dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Antara komen netizen:

“Kami pon mendoakan agar perniagaan fakhrul.. Lebih maju dan berjaya dimasa trdekat ni.. Inshaallah”

“Terima kasih bang sebab dah cuba sediakan menu Rahmah. Semoga dimurahkan rezeki untuk hari mendatang. Aamiin”


“diri sendiri yg marasa perit bang..biar la org nk ckp ape..semoga di murahkan rezeki dan di prmudahkan urusan”

Video TikTok yang tular:

@tongkayucafeoriginal Berniaga biar ada untung barulah bersedekah dll. Jika merugikan atau membazir. Maka elakkanlah. Itu yg terbaik. Rezeki luas. Usaha dan dapatkan. Insyallah.. #menurahmahditutup #sayamintamaaf #kerajaanmalaysia #parlimenmalaysia #kerajaannegeripulaupinang #terimakasihsupport #fyp #restorantongkayucafeoriginal #tongkayucafebayanlepas #taksedaptokebelanja ♬ original sound – tong kayu cafe original

Continue Reading
Advertisement