Connect with us

Viral

Sampai 7 Buah MPV Polis Kejar & Kepung Perodua Myvi Dipandu Remaja 17 Tahun

Kebimbangan seorang remaja dicekup pihak berkuasa akhirnya menjadi kenyataan apabila dia berjaya tumpas ketika cubaan melarikan diri.

Dalam kejadian itu, seorang remaja lelaki yang baru berusia 17 tahun telah memecut keretanya sejauh 15 kilometer (km) sekitar bandar Johor Bahru.

Kereta suspek turut merempuh kenderaan lain

Malah, remaja yang memandu perodua myvi itu dilapor telah merempuh beberapa kenderaan lain sebelum berjaya ditahan polis.

Difahamkan, untuk menahannya remaja tersebut, tujuh buah kereta MPV polis terpaksa mengejar dan mengepung kenderaan dipandu remaja terbabit.

Akhirnya, remaja terbabit telah ditahan berdekatan restoran makanan segera di Jalan Tebrau, di Johor Bahru, 10.30 pagi tadi.

Enggan berhentikan kenderaan untuk pemeriksaan

Sebelum itu, suspek yang memandu kereta jenis Perodua Myvi enggan memberhentikan kenderaan dipandunya, lapor Harian Metro

Arahan tersebut oleh anggota polis yang melakukan rondaan di Jalan Tebrau hingga ke Taman Mutiara Emas Utama menyebabkan polis terpaksa mengejarnya.

Menuru Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi, telah mengesahkan kejadian berkenaan.

Temui pelbagai jenis bende terlarang

Ujar Datuk Ayob Khan,menerusi hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui pelbagai jenis bahan terlarang didalam beg sandang miliknya.

“Ia termasuk 10 biji pil Erimin 5, satu paket plastik lutsinar berisi 9 pil warna hijau disyaki dadah ecstacy seberat 4.84 gram, satu paket plastik lutsinar berisi 11 pil warna ungu juga disyaki dadah jenis ecstacy seberat 4.61 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis ketamine seberat 9.84 gram serta satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.60 gram,” katanya.

Bakal dikenakan hukuman yabg setimpal

Sementara itu, Ayob Khan turut mengulas  kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 39A (1), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan penjara hingga lima tahun dan disebat hingga sembilan sebatan.

Semoga kisah ini menjadi teladan dan pengajaran buat semua diluar sana supaya sentiasa mematuhi peraturan negara.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.