Connect with us

Viral

“Sampai berkulat dinding” Hairan Tingkap Rumah Selalu Basah & Bau Hancing, Rupanya Jiran Simbah Air Kencing

Hidup berjiran ni memerlukan kita untuk bermuafakat, menghormati dan tidak menyusahkan antara satu sama lain. Manakan tidak, lihat sahajalah di media sosial, ramai jiran yang bertekak dan bermasam muka oleh kerana sikap jiran yang tidak bertanggungjawab malah terkadang langsung tidak masuk akal.
Iospital phone repair gombak
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu hairan apabila tingkap rumahnya sering dibasahi cecair asing dan dicemari bau busuk seperti air kencing mencuri perhatian ramai.

Pada mulanya dia membuat andaian bahawa kemungkinan cecair tersebut merupakan air kencing kucing namun agak tidak logik kerana kesan basah lelehan air terlalu tinggi.

“Lepas tu ingatkan ada jin atau syaitan melekat dekat situ.”

“Siap tabur garam dan baca (ayat al-Quran) sikit, tapi pelik (bau) masih ada,” katanya menerusi video berkenaan.

Hari demi hari rumah mereka terus dihantui perkara aneh itu hingga menyebabkan dinding rumah semakin rosak.

“Sampai berkulat dinding, sudah berbulan-bulan kita orang basuh… tapi ada balik.”

“Mula rasa pelik bau hancing busuk sampai tak boleh duduk dalam bilik,” katanya lagi.


Kerana berasa geram, akhirnya pemilik rumah berkenaan membuat keputusan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapat kepastian tentang situasi yang berlaku.

“Baru-baru ni rasa tak puas hati. Setiap kali kami tiada di rumah perkara ini akan terjadi. Terfikir nak letak kamera untuk rekod apa yang berlaku,” jelasnya.

Alangkah terkejutnya apabila individu tersebut mendapati perkara itu berpunca daripada perbuatan khianat jirannya sendiri.

Difahamkan dia melihat pergerakan tangan dari rumah sebelah menyimbah cecair ke arah tingkap rumahnya menerusi CCTV yang dipasang.

Oleh kerana dia berasa tidak selamat dan terancam, wanita ini bagaimana pun membuat laopran polis dan pelaku sudah ditahan polis pada 28 Januari lalu untuk tindakan selanjutnya.

Wanita ini akui dia masih tertanya-tanya apakah motif jirannya itu yang melakukan perkara tersebut namun dia memilih untuk tidak mencampuri urusan siasatan yang dilakukan dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan mengapa dia sanggup melakukan perbuatan khianat itu malah ada juga yang mencadangkan agar wanita ini membina tembok yang memisahkan rumahnya dan rumah jirannya itu.

“Nanti ada duit lebih, buat tembok tinggi. Tutup terus bahagian tepi tu. Nanti dinding tu boleh letak rak kasut.- Netizen

Video yang tular di laman TikTok:

@snow_queenz_ Perbuatan apakah ini? Mental ke apa? #jiranpuaka #misteri #terbongkar ♬ Mysterious – Andreas Scherren

Continue Reading
Advertisement