Connect with us

Viral

Sampai Bila Nak Kerja Rider? Nasihat Dari Perspektif Seorang Majikan Buat Ramai Orang ‘Buka Mata’

Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya pesanan makanan atas talian seperti GrabFood, FoodPanda, DeliveryEat, Shopee Food dan banyak lagi.

Hal ini secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada semua yang hilang punca pendapatan dan kembali meraih mata pencarian.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki tampil memberikan pandangan daripada perspektif yang berbeza mencuri perhatian netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @brofairuschannel, dia kagum dengan sikap anak muda yang gigih mencari sumber pendapatan dengan menjadi seorng rider.

Bagi lelaki ini, seseorang yang memilih untuk menjadi penghantar makanan sememangnya seorang yang rajin kerana pekerjaan ini mempunyai pelbagai cabaran malah ianya juga mampu meraih pendapatan yang tinggi.

Pun begitu, pada pandangan yang lain, dia turut merasakan dalam masa yang sama, rider dalam kalangan anak muda juga perlu mencari pekerjaan yang lebih baik untuk masa depan.

“Ada di kalangan pemandu grab yang saya jumpa usianya masih muda..masih 20-an dan boleh mendapat pendapatan mungkin sehingga RM 3K – RM 4K dengan membawa E-Hailing dan juga Grab Food..Tetapi ada sedikit kerisauan.. yang ini saya kongsikan, korang jangan kecil hati.. ambil ni sebagai benda yang positif..”

“Ada dikalangan mereka yang saya jumpa, mereka ada kepakaran.. boleh buat wiring electric, boleh buat piping, ada background dalam automotive, ada juga berstatus engineer, tetapi oleh kerana korang fresh graduate, nak minta kerja susah.

“Terpaksalah jadikan grab ni sebagai pendapat.. benda tu tidak salah. Tetapi ingat, usia kita semakin lama semakin bertambah dan semakin lama kita semakin tua.”

Salah satu sebabnya adalah, majikan pada masa kini sangat menitik beratkan pengalaman dan akan mengutamakan orang lain yang lebih berpengalaman untuk sebarang jawatan.

“Diam tak diam, kalau kita graduate dulu pada usia 25 tahun, kita minta kerja tak dapat-dapat dan kita buat grab dan akhirnya kita sudah menjadi pemandu E-Hailing ni dalam masa 5 tahun, umur kita dah 30 tahun.

“Sebagai majikan, kalau saya nak ambil pekerja yang berumur 30 tahun tanpa pengalaman kerja, saya rasa saya akan bagi keutamaan pada mereka yang lebih muda. Ini perspektif daripada majikan..”

“Walaupun korang bekerja dalam bidang korang, gaji korang lebih sedikit daripada yang berkerja grab sekarang, tapi kita jangan fikir sekarang sahaja, kalau umur 40 tahun, jika bawa grab pada ketika itu dengan pendapatan RM 4K sama seperti sekarang.

“Tapi jika bekerja mungkin sekarang gaji RM 2K tapi ketika umur 40 tahun, mungkin ketika itu gaji sudah RM 7K- RM 8K.”

“Takut nanti pengalman yang patut kau timba waktu muda ni kau gunakan untuk bawa grab.. saya tak nafikan sekarang memang susah untuk cari kerja tapi cuma minta sama-sama adik-adik semua sambil-sambil tu kita berusaha juga untuk dapatkan kerja yang lebih baik..”

Bukan itu sahaja, malah dia juga mengulas pelbagai sebab untuk anak muda sama-sama berfikir ke arah masa depan dan meminta agar nasihatnya itu dipandang dari sudut yang positif dan bukannya dari sudut yang sebaliknya.

Video yang tular di laman TikTok:

@brofairuschannelKhas Kepada Adik-adik Grab, Food Panda

♬ original sound – Bro Fairus Channel

@brofairuschannel Reply to @zainuddinabdmanaf ♬ original sound – Bro Fairus Channel

@brofairuschannel Reply to @ppzie ♬ original sound – Bro Fairus Channel

@brofairuschannelRider, Buat Simpanan dan Disiplinkan Diri

♬ original sound – Bro Fairus Channel

Antara reaksi warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.