Connect with us

Viral

Sampai Hati Cikgu Gelakkan & Marah Anak Saya Hanya Kerana Bin Abdullah

Kisah ini adalah perkongsian di Facebook KRT dari seorang ibu mengenai layanan seorang guru kepada anaknya yang masih kecil.

Diharapkan semua pembaca dapat memahami bagaimana perasaan mereka yang sudah insaf tetapi terpaksa menerima pandangan serong dari mata sesetengah orang.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada kisah ini.

___________

Anak saya berbinkan Abdullah. Baru saja tadi hari pertama persekolahan. Pertama kali anak sekolah agama, darjah satu.

Selama ini sekolah rendah tak ada masalah pun. CIkgu tanya pun okay, dah tutup cerita.Tadi masa hantar ke kelas, cikgu okey, ramah saja. Dah okey, anak pun dah duduk, saya pun keluar.Dah jauh sikit, tergerak hati nak patah balik.

Cikgu panggil anak saya.

“**** bin Abdullah.”

Anak saya pun pergi ke arahnya. Masa itu saya menyorok di luar pintu. “Abdullah ini siapa?” soal cikgu terbabit.

Anak saya hanya mendiamkan diri. Cikgu itu bertanya lagi soalan yang sama, anak saya menggelengkan kepala. “MashaAllah, takkan awak tak kenal Abdullah siapa?” soal cikgu itu lagi.

Anak saya diam. Terus cikgu itu suruh duduk, dia cakap MashaAllah. Selepas itu dia gelak. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Saya tahu ini salah saya dengan suami, tetapi jangan buat anak saya seperti itu.

Cikgu itu marah anak saya di depan kawan-kawannya. Mahu saja saya bersuara tetapi entah, jiwa saya lemah. Rasa nak marah, nak menangis pun ada.Selepas anak saya duduk, saya melambai-lambai pada dia dan terus balik.

Kenapa ye? Ini ke balasan di atas dosa-dosa silam saya? Kadang-kadang saya rasa dunia ini tidak adil. Orang yang berxina mengandung dari 1-5 bulan tak letak bin Abdullah.

Sedangkan yang mengandung 6-9 bulan, berbinkan Abdullah. Yang dah lahirkan pula tak perlu bin Abdullah. Bukan nak cakap apa, mungkin disebabkan ini ramai yang buang bayi.

Hmm, entahlah. Tetapi saya sayang anak saya. Tak mungkin saya nak buang dia.Tetapi kenapa ada juga orang yang menghina dia seperti itu? Patut ke dia jadi cikgu agama?

Tak apalah, yang penting anak saya nak sekolah agama. Kata-kata itu cuma menyakitkan hati tetapi itu bukan bermakna saya lemah.Saya akui itu semua salah saya. Jangan salahkan anak saya, dia tak bersalah pun.

Tetapi apa yang patut saya buat? Nak pindah sekolah, tak mungkin kami akan pindah lagi. Nak beritahu suami pun serba salah sebab mulut suami pedas, Takut jadi bergaduh pula nanti.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.