Kini, semakin ramai pengguna berbelanja secara ‘online’ kerana lebih mudah dan jimat selain mempunyai pelbagai pilihan yang ditawarkan. Sebagai individu yang suka ‘online shopping’ sudah tentu tak sabar dan berasa teruja jika dapat notifikasi ‘parcel is out for delivery’.
Ada juga yang sentiasa menunggu update daripada courier sehingga semua kerja yang perlu diselesaikan tertangguh, sampai kadang kala ada yang sanggup menunggu dan bersiap-siap lebih awal kerana berasa teruja untuk mengambil parcel tersebut.
Namun lain pula cerita yang tular kali ini dimana dikatakan Lori J&T Express telah masuk ke kawasan pantai dan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syuu106, dapat kita lihat dia sempat merakam situasi pelik ketika sedang berada di sebuah pantai.
Kelihatan lori J&T Express masuk ke kawasan pantai sekaligus membuatkan perakam tertanya-tanya adakah dia mahu menghantar barang di sini ataupun tersesat.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Pantai Tanjung Lompat Desaru, Johor sekitar pukul 6:40 petang.
Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen terhibur melihat gelagat abang J&T Express itu malah ada yang berpendapat mungkin pemandu tersebut menggunakan applikasi ‘Waze’ sehingga tersesat masuk ke kawasan itu.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang sempat berseloroh mengatakan mungkin ikan di laut yang order barangan.
Malah ada juga warga maya yang meninggalkan komen lucu dimana beranggapan mungkin abang J&T sudahpun pergi ke rumah untuk menghantar barang namun tiada penghuni dan terpaksa mencari empunya parcel di kawasan tersebut demi pastikan barang sampai ke tangan yang betul.
Antara komen warga maya:
“Sampai ke sini ea dia hantar parcel”
“Spongebob dan patrick ada order barang ke”
“Patutlah tak mai pickup parcel2 aku erkkk.. pi pantai rupanya..”
“Ikan order oksigen”
Video yang tular di laman TikTok: