Baru-baru ini telah tular mengenai isu mengenai selipar mesra muslim ataupun ‘muslim-friendly’ dan isu berkenaan telah menarik perhatian ramai.
Isu tersebut berlegar di ruangan media sosial dan pihak Fipper menerusi Instagram telah tampil dan memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.
Salah faham dan tidak dianggap menunggang agama
Sementara itu, turut tidak ketinggalan untuk memberi sedikit pendapat, pendakwah terkemuka, Ustazah Asma Harun.
Beliau berpendapat bahawa kontroversi selipar mesra muslim ataupun ‘muslim-friendly’ itu hanyalah salah faham dan tidak perlu dianggap sebagai ‘menunggang agama’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Tolong bertanggungjawab ke atas setiap yang kita kongsi di media sosial
Menerusi laporan Sinar Harian, Ustazah Asma Harun berkata, walaupun itu menjadi hak peribadi mereka, namun sebagai individu yang boleh memberi pengaruh kepada masyarakat, mereka sepatutnya lebih berhati-hati.
“ALLAH bagi pengaruh kepada masyarakat sama ada artis, instafamous, influencer atau mereka yang ada dalam bidang perniagaan.”
Jika hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi
“Tolong bertanggungjawab ke atas setiap yang kita kongsi di media sosial.”
“Walaupun kita kata itu hak peribadi, tapi kalau betul hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Semarak Ramadan@Anjung Bonda Nor di Bandar Prima Senawang di sini pada Jumaat.
Media sosial boleh timbulkan kekeruhan dan salah faham
Jelas beliau lagi, setiap perkongsian di media sosial juga boleh menimbulkan kekeruhan dan salah faham masyarakat.
Menurutnya, semakin tinggi kedudukan seseorang dalam masyarakat, semakin tinggi bebanan dan amanah yang perlu dijaga.
Muhasabah diri dan betulkan semua niat kita
“Bila kita buat sesuatu dan mendapati positif lebih banyak dari negatif, teruskan. Tapi bila kita tengok ia 50-50, mula muhasabah diri dan betulkan semua niat kita,” katanya.
Sementara itu, Asma turut menyatakan kebimbangannya apabila ketika ini ramai individu yang inginkan mendapatkan perhatian walaupun terpaksa menggunakan cara yang salah.
Taksub kita nampak kebaikan walaupun dia buat salah
Selain itu, beliau turut berpesan kepada masyarakat supaya tidak terlalu taksub dengan individu tertentu sehingga menyokong kesalahan yang dilakukan.
“Taksub ini bahaya kerana ia boleh memecah belahkan. Rasulullah SAW juga mencela sifat taksub kerana apabila taksub kita hanya nampak kebaikan saja pada orang itu walaupun dia ada buat salah.”
Sejauh mana kebaikan individu itu dalam hidup kita
“Jadi apabila kita lihat ada individu tertentu yang boleh mempengaruhi hidup kita atau sampai peringkat kita nak sentiasa ingat dan ikut.”
“Maka kita perlu bermuhasabah diri dengan melihat sejauh mana apa yang dibawa oleh individu itu boleh beri kebaikan kepada hidup kita, “ katanya.
Saya nampak isu selipar muslim friendly biasa
Apabila ditanya berkenaan kontroversi sebuah jenama selipar yang menggunakan perkataan ‘Muslim Friendly’ bagi mempromosikan produk, beliau berpendapat, ia tidak terlalu sensitif dengan agama.
“Bagi saya ia bergantung pada perspektif masing-masing. Saya mungkin terbuka dalam isu ini dan saya nampak ia biasa.”
Ia bukanlah perkara sampai peringkat penunggang agama dan salah syariat
“Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.”
“Pada saya, maksud disampaikan ialah selipar itu lebih kepada ‘muslimah friendly’ khusus bagi wanita yang memakai stoking,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut.
Terdahulu, Ustazah Asma Harun mendedahkan dia ada menghubungi Neelofa beberapa jam sebelum pengacara itu menamatkan zaman bujang.
Dalam perbualan mereka itu, Asma berkata dia sebak dan terharu apabila Neelofa memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan Pencetus Ummah (PU) Riz pada pagi Sabtu.
“Selepas subuh pagi tadi, saya ada bermesej dengan adinda Neelofa tentang beberapa perkara. Sungguh saya tak tahu pagi ni hari pernikahan beliau… memang ada terbaca rumors tentangnya, namun tak pasti bila.
“Adinda Neelofa sempat reply dengan baik, sedangkan sudah tentu beliau sangat sibuk untuk buat persiapan. Sungguh baik kamu dik, selalu cuba membalas mesej walau dalam kesibukan. Moga Allah merahmatimu.
“Ketika dapat mesej beliau mohon didoakan, tiba-tiba rasa sebak dan menitis air mata bahagia dan gembira. Akhirnya adinda Neelofa bersatu dengan cinta hatinya,” katanya.
Ustazah Asma berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.
Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik mesej perbualan mereka.
“Semoga pernikahan kalian diberkati dan sentiasa dilindungi Allah SWT, bahagia bercinta sampai ke syurga!”