Connect with us

Viral

Sanggup Berhujan Cangkul Parit Kecil Demi Bantu Alir Air Dari Jalan Raya, Tindakan Abang Ini Raih Pujian Ramai

Cuaca kini sememangnya tidak menentu, adakalanya panas, adakalanya hujan berhari-hari sehinggakan ada sesetengah kawasan yang terjejas dek kerana dinaiki air.
Iospital phone repair gombak
Bila musim hujan tiba, terkadang laluan di jalan raya juga turut terkesan kerana air yang bertakung menyebabkan banyak kenderaan yang tidak dapat meneruskan perjalanan

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana abang ini sanggup berhujan demi membantu pengguna jalan raya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Juharmariankha, seorang lelaki menggali saluran di pinggir lebuhraya untuk dijadikan longkang bagi mengalir keluar air yang bertakung di atas jalan.


Dapat kita lihat dia menggunakan cangkul untuk membuat parit kecil yang menghubungkan jalan raya dan longkang besar.

Namun apa yang membuatkan ramai kagum adalah dia tidak kisah membantu orang ramai walaupun perlu berhadapan dengan hujan.

Perakam juga turut merakam aliran air yang mengalir ke longkang besar dan perjalanan pengguna jalan raya kelihatan lebih mudah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap lelaki ini yang nekad memastikan pengguna jalan raya tidak berdepan dengan sebarang masalah walaupun perlu mencangkul dalam hujan lebat.

Bukan itu sahaja, netizen juga berterima kasih atas usaha lelaki ini dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan sebagai mana dia mempermudahkan urusan ramai orang.

Antara komen warga maya:

“Respect.. bukan semua orang sanggup buat”

“Tengah hujan lebat abang buat laluan air demi orang awam.. semoga kebaikan berbalik pada encik..”


“Pengorbanan dan jasa yang paling mahal.. semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudakan segala urusan”

“Semua orang boleh tengok tapi tak semua rang boleh tergerak nak buat mcam ni kan..”


Video yang tular di laman TikTok:

@juharmariankha♬ original sound – MASTERPIECE

Continue Reading
Advertisement