Ramai diantara kita memilih kucing sebagai binatang peliharaan dirumah. Selain kucing yang comel dan manja kucing juga binatang peliharaan yang setia dengan tuannya. Kucing juga mudah dipelihara berbanding haiwan peliharaan yang lain.
Jika menjamu selera di kedai atau warung, menjadi satu kebiasaan jika kita didatangi kucing-kucing jalanan. Namun tidak semua dari kita menyukai kucing kerana ada sesetangah mereka takut dengan haiwan comel itu.
Berbeza buat seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Ann atau nama sebenarnya Anfalazie Anuar. Lelaki berusia 30 tahun ini begitu penyayang, kecintaan dan rasa ihsan terhadap haiwan sangat luar biasa dan menganggap haiwan sebagai kawannya.
Terbaru telah tular perkongsian mengenai kisahnya di media sosial menerusi Facebook, Azman Ali II, sehingga mendapat perhatian pihak media yang datang untuk menemu ramah bagi mendalami kisah pencinta haiwan ini.
Pemuda ini sanggup melakukan dua kerja untuk menampung perbelanjaan membeli makanan kucing dan anjing
Seorang pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Ann, ketika ditemui media dia menceritakan bahawa dia bukan sahaja bekerja sebagai penjaga parkir, malah dia merupakan pekerja pembersihan sepenuh masa.
Menurutnya lagi, dia melakukan dua kerja kerana mahu menampung kos perbelanjaan bagi membeli makanan untuk haiwan di jalanan seperti kucing dan anjing. Dia telah lama melakukan amalan mulia ini dengan berkongsi rezeki bersama haiwan-haiwan ini.
Dia juga sanggup berhutang nak beli makanan haiwan
Tambahannya lagi, duit gaji yang diperolehi dari mengambil upah menjaga parkir sebanyak 30 ringgit sehari sememangnya tidak mencukupi. Ini kerana kos sehari yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan makanan untuk memberi haiwan-haiwan tersebut makanan mencecah RM50 ringgit.
Kerana itu, Ann terpaksa berhutang terlebih dahulu dengan pihak kedai, dan baki wang tersebut akan dibayar setelah dia menerima gaji bulanan sebagai tukang cuci sebanyak RM850 sebulan.
“10 tahun dah bagi kucing dan anjing ni makan”. Ujarnya, sudah hampir 10 tahun dia memberi makanan kepada kucing dan anjing jalanan ini, sehinggakan haiwan itu setia menunggu Ann datang walaupun keadaan hujan dan basah kuyup.
Lama kelamaan timbul perasaan sayang yang membuatkan rasa sayang Ann terhadap anjing dan kucing liar tersebut semakin menebal dan menyebabkan dia tidak sanggup untuk meninggalkan haiwan-haiwan itu walaupun dia kesempitan duit untuk menampung kos perbelanjaan makanan harian haiwan itu.
Betapa mulia hatinya, walaupun pendapatannya tidak begitu besar namun dia sanggup berkongsi rezeki yang diperolehi bersama. Selain itu, lelaki ini juga tetap cekal untuk mencurahkan sifat ihsan terhadap haiwan-haiwan tersebut.
Sifat penyayangnya dan ihsannya mampu menjadi inspirasi dan contoh untuk masyarakat di luar sana. Anda tidak akan pernah putus rezeki jika kita bersedekah tidak kiralah kepada sesama manusia atau haiwan.
Menerusi Facebook Azman Ali II ini, dia meluahkan rasa sebak dan tersentuh hati dengan kebaikan pemuda ini kerana sanggup berkongsi rezeki biarpun hidupnya seperti kais pagi makan pagi.
Insan berhati mulia.
Bukan sehari dua tapi dah bertahun-tahun. Kebetulan kawasan aku bertugas jadi aku dapat jumpa adik ann ni setiap hari.
Kerja jaga parking kereta di pekan BM, separuh atau lebih gajinya dihabiskan untuk membeli makanan kepada kucing dan anjing liar di daerah ini.
Agak pemalu budak ni setelah beberapa bulan baru aku dapat bersembang dengan dia. Menurutnya setiap hari dia akan memberi makan 2 kali iaitu pagi dan petang di lokasi yang berbeza.
Jadi aku tanya lagi kalau cuti atau pergi melancong macamana?. Saya tak akan pergi mana2 atau cuti saya sangat sayang dan rindukan mereka. Tambahnya lagi kalau hari hujan kucing2 dan anjing ini akan tetap setia menunggunya walaupun basah kuyup😢.
Itu sebabnya saya tak sampai hati nak tinggalkan mereka. Allah mulianya hati hang ann walaupun imej nampak biasa2 tapi hati sapa yang tahu. Siapa yang tinggal area BM pasti akan terserempak dengan budak ni di lorong2 kedai atau bawah jambatan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan menyuntik semangat cintakan haiwan dan membanteras penganiyaan terhadap haiwan.