Connect with us

Viral

Sanggup Cuti Tanpa Gaji, Wanita Ini Jaga Makcik OKU Walau Tiada Pertalian Darah Buat Ramai Kagum

Pada masa kini, pelbagai cerita yang dapat kita dengar di media sosial, kes pembunuhan, penculikan, penderaan dan aniaya serta banyak lagi sekaligus membuatkan kita terfikir sama ada masih wujudkan orang baik di atas muka bumi ini?

Iospital phone repair gombak

Namun, masih tersisa mereka yang sememangnya mempunyai hati yang sangat baik seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang warga emas, Samidah yang dijaga baik oleh wanita bukan daripada darah dagingnya sendiri sejak 15 tahun lalu mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok Kedidi_kakipalsu itu, wanita berkenaan memberitahu dia tinggal bersama adik angkatnya, Rosmawati.

“Dia (Rosmawati) ni sebenarnya tak ada kena mengena dengan makcik, bukan saudara, bukan darah daging. Makcik keluarga ada tapi semua dah berkeluarga. Entah macam mana satu hari tu makcik bertemu dengan adik ni dekat sebuah kedai makan makan di Parit Raja.”


“Ni semua kerja Allah… selepas berbual, dia cakap nak beli rumah tapi apabila difikirkan balik, dia duduk seorang. Dia tanya makcik duduk dengan siapa.”

“Makcik cakap buat masa ni duduk dengan adik beradik tapi tak sedap la sebab mereka dah berkeluarga. Dia pelawalah makcik tinggal dengan di sini, kini dah lebih 15 tahun,” imbas Samidah mengenai detik pertemuannya dengan Rosmawati

Menurut Samidah, dia bersyukur ditakdirkan bertemu dengan Rosmawati yang menjaga kebajikannya sebagai wanita kurang upaya (OKU) dengan baik.

Menerusi video dikongsikan, dapat dilihat wanita ini telah hilang separuh kaki di sebelah kanan dan Samidah terpaksa mengesot untuk bergerak gara-gara masalah amputasi dialami sejak dua tahun lalu.

“Syukurlah dipertemukan dengannya, kalau tak… tak tahu makcik kat mana sekarang. Makcik sakit sebulan dia ambil cuti tunggu makcik di hospital, tanpa gaji… ada orang nak buat (macam Rosmawati)?” kata Samidah, terharu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap Rosmawati yang sanggup menjaga Samidah walaupun tiada pertalian darah daging.

Antara komen warga maya:

“Allahuakhbar mulianya hati dia.. lebih dari darah daging sendiri.. moga diberikan kemuliaan di akhirat nanti..”

“1 dalam sejuta manusia hati mulia”


“Semoga kebaikkan akak menjadi asbab ke syurga”

“Baiknya akak yang menjaga dia tu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@kedidi_kakipalsu Manusia satu dalam sejuta…😍🥰 #kisahamputee #kisahoku #okukakipalsu #inspirasi #buatbaik #spreadlove #kindness ♬ original sound – kedidi_kakipalsu

Continue Reading
Advertisement