Connect with us

Viral

Habis Beribu Demi Motor, Isteri Kecewa Suami Hulur Duit Belanja Anak RM150 Je?

Benar kata orang, kalau kita dah minat dengan satu-satu benda tu, kita sanggup melaburkan duit dalam jumlah yang banyak demi kepuasan diri sendiri.

Pun begitu, sebagai suami yang bertanggungjawab, kita perlulah bijak mengagihkan duit samada untuk kelurga dan juga hobi agar ianya tidak mendatangkan impak yang buruk.

Senang kata, minat pun perlu berpada-pada lah kan?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang isteri meluahkan rasa kecewa apabila suaminya hanya menghulurkan wang ringgit sebanyak RM150 untuk membeli barang keperluan anak-anak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat nak oleh seorang pengguna TikTok iaitu @zettytajuddin94, dia turut memaklumkan bahawa suaminya itu sanggup menghabiskan ribuan ringgit jika ia melibatkan dengan motosikalnnya, tapi tidak buat anak ataupun isteri.

Dalam masa yang sama, si isteri juga sempat berseloroh meminta netizen yang menonton untuk memberi anugerah ‘isteri solehah’ buatnya kerana tidak berkira dengan suami, malah beliau turut sanggup bertolak ansur supaya tidak menimbulkan perbalahan.

Video tersebut bagaimana pun mendapat pelbagai pandangan daripada warga netizen, ada yang menyalahkan suami kerana melebihkan minat daripada keperluan anak dan isteri manakala ada juga yang menyalahkan isteri kerana seolah-olah membuka aib si suami.

Sedar ramai yang mengecam dirinya, suami wanita tersebut tampil meninggalkan komen dengan mengatakan ketika itu, dirinya hanya mempunyai wang sebanyak RM150 saja tetapi dalam pada masa yang sama, dia turut memberi kad bank kepada isteri.

Video yang tular di laman TikTok:

@zettytajuddin94Laki hampa perangai laguni dak? 🙄🙄

♬ original sound – zettytajuddin

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 312.3K tontonan, 31.4K tanda suka, 807 komen dan 754 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pndangan masing-masing terhadap isu tersebut malah para netizen tidak menafikan bahawa kos untuk menyara anak pada masa kini memang sangat tinggi.

Dalam masa yang sama, para netizen juga sempat memberikan ‘tips’ kepada wanita ini dimana meminta wanita ini untuk menyuruh suaminya membeli barang keperluan anak kerana dari situ dia tahu berapa jumlah kesemuanya.

Antara komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.