Connect with us

Viral

“Sanggup ke tak?” Gadis ‘Offshore’ Kongsi Tandas Atas Pelantar, Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

Kita sedia maklum, kerja offshore sememangnya menjanjikan gaji dan pulangan yang sangat besar.

Kita juga tahu kerja ini akan berjauhan dengan keluarga untuk beberapa bulan, tidak boleh berhubung dengan dunia luar bahkan risikonya sangat berbahaya.

Bukan calang-calang kerja, bidang ini memerlukan mental dan fizikal yang kuat.

Sering kita lihat bahawa pekerjaan ini ditakluk oleh kaum lelaki kerana dianggap gagah untuk membuat kerja-kerja berat. Namun jangan salah anggap ya, ada juga kaum hawa yang bekerja dalam bidang ini.

Tapi pernah tak terfikir bagaimana mereka pekerja ‘offshore’ perempuan membuang air kecil atau besar mereka di tengah laut itu? Adakah mereka berkongsi tandas dengan lelaki?

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok iaitu @riskabaker, dia seolah-olah menjawab segala tanda tanya kita selama ini dengan menunjukkan ‘rupa’ tandas yang digunakan oleh pekerja perempuan.

Difahamkan, tandas tersebut adalah sama seperti yang dikongsikan oleh para ‘offshore’ lelaki.

“Ala-ala toilet atas sungai kat kampung tu, ladies yang minat offshore sanggup ke tak? Jangan tahan-tahan ye, nanti kena batu karang! Haha” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@riskabakerAla2 toilet atas sungai kat kampung tu. Ladies yg minat offshore tu sanggup ke x? 😆 jgn tahan2 ye, nnt kena batu karang! Haha

♬ Funny Song – Cavendish Music

Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih 1.6M tontonan, 124.1K tanda suka, 4813 komen dan 2314 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat realiti tandas pekerja offshore di tengah laut.

Tidak cukup dengan itu, bahagian komen juga dibanjiri dengan komen-komen yang lucu termasuklah ‘owner’ video yang berseloroh mengatakan dia tidak akan bermain ktelefon bimbit sewaktu membuang ‘hajat’.

Antara komen menarik warga maya:

“Saya tak berak sambil main phone..”

“Bayangkan tahi jenis cirit, pastu….”

“Aku okey je berak asalkan….”


“Lepas melabur, ikan makan, ikan ditangkap…..”

“Ehh muntah paus lahh”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.