Connect with us

Viral

Sanggup Kerja Luar Negara Siap Hantar Duit RM8k Sebulan, Sekali Suami Kahwin Lain

Dalam percintaan, kesetiaan adalah kunci utama sebuah hubungan untuk terus berkekalan dan tiada guna jika menjalin hubungan lama lama tetapi akhirnya hubungan itu musnah disebabkan salah sorang tak setia.

Sudah tentu sebagai isteri, kita mengimpikan supaya perhubungan tersebut berkekalan selama-lamanya.

Pasangan suami isteri manakah yang ingin melihat masjid yang dibina hancur angkara orang ketiga?

Sama juga seperti kisah seorang isteri ini. Hnacur luluh hati seorang wanita apabila mengetahui tercinta berlaku curang dan berkahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuannya.

Apa yang lebih menyayat hati, wanita ini juga sanggup ‘berkorban’ untuk berkerja di luar negara demi membantu suami mencari rezeki demi kelangsungan hidup mereka serta anak-anak.

Menerusi perkongsian Fahmi Ramli yang juga merupakan seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam melalui satu hantaran di laman Facebook tampil menceritakan kisah mengenai seorang isteri yang ditipu oleh pasangannya sendiri.

Perkara ini bermula apabila seorang wanita yang berusia lingkungan 40 tahun datang ke pejabatnya bagi mendapatkan nasihat berhubung kes yang menimpanya.

Dia yang turut merupakan seorang jururawat yang bekerja di sebuah hospital swasta di negara Arab dan memperoleh pendapatan mencecah RM15 ribu sebulan.

“Seronok dia ceritakan tentang pengalaman dia bekerja di sana. Bahkan, pendapatannya di sana mencecah RM10 ribu ke RM15 ribu setiap bulan.

“Lebih daripada 2 tahun beliau bekerja di sana. Asalnya dia sendiri tidak mahu ke sana sebab memikirkan tentang anak-anak.”

Mengulas lanjut, Peguam ini juga turut memaklumkan wanita ini sanggup berkorban bekerja di perantauan dan meninggalkan anak-anak dan suami tercinta berikutan suaminya yang telah dibuang kerja.

Dia yang tidak mempunyai sebarang pilihan terpaksa mencari kerja bagi menampung perbelanjaan keluarganya.

Rezeki tidak pernah salah alamat, di mana wanita ini telah ditawarkan untuk berkhidmat di luar negara dan diberikan kontrak kerja yang agak lama.

“Wanita ini berat untuk tinggalkan tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Namun, disebabkan suaminya memberi semangat dan izinkannya bagi mencari pendapatan lebih demi masa depan anak-anak, dia pun setuju.”

Tak lupa tanggungjawab, dia tidak pernah ‘miss’ kirim duit 

 

Sebagai seorang ibu yang sentiasa memikirkan keluarga tercinta di tanah air, wanita ini tidak pernah ‘miss’ untuk mengirimkan duit berjumlah RM8 ribu sehingga RM10 ribu setiap bulan di akaun suaminya.

“Duit yang dikirimkan di Malaysia, semuanya dimasukkan ke dalam akaun suaminya. Duit itu dia amanahkan untuk buat belanja makan minum anak-anak dan bayar segala loan rumah dan kereta.”

Sikap suami yang mula berubah

“Dia kerap keluar malam dan balik lewat pagi. Anak-anak juga beritahu hal yang sama. Nak jadi cerita, wanita ini cuba semak dalam akaun bank milik suaminya. RM1,000 sahaja weh

Terkejut dia! Dia cuba tanya kepada anak-anak, adakah bapa mereka beli apa-apa keperluan yang mahal kepada mereka setiap bulan?

Terkejut dia bila anak-anak beritahu, kadang-kadang mereka selalu pergi makan di rumah nenek mereka sahaja. Ayahnya tak pernah beli apa-apa.”

Segalanya terbongkar

Berasa tidak sedap hati selepas kejadian tersbut, wanita ini bertindak selongkar di seluruh pelusuk rumahnya untuk mencari sebarang bukti dan ingin mengetahui apa yang telah terjadi.

Alangkah terkejutnya dia apabila menjumpai sijil nikah tulisan jawi dari Wilayah Songkhla dan nama suaminya tertera pada sijil tersebut bersama nama seorang wanita yang tidak dikenali.

Sijil itu terselit kemas di bawah fail-fail lama yang tak terusik. Bila suaminya balik, dia tenang dan bertanya kepada suaminya. Sumpah abang tak kahwin lain pun. Ni mesti ada orang nak rosak rumah tangga kita, muka tak bersalah dan tuduh orang lain pula. Dia tunjukkan sijil nikah tersebut biru, hijau, biru, hijau wajah suaminya.

Wanita ini desak dan akhirnya dia mengaku. Duit yang diberikan setiap bulan, tak digunakan sepenuhnya untuk anak-anak. Sebaliknya, dia gunakan untuk perkahwinan barunya dan belanjakan untuk kediaman dia dengan isteri baru.

Selepas mendengar penjelasan jujur tersebut, sang isteri hanya mampu mendiamkan diri sebelum suaminya bertindak keluar daripada rumah tersebut.

Tidak berakhir di situ, ujar peguam ini lagi suami kepada wanita tersebut enggan untuk ‘melepaskannya’ dengan cara yang baik.

“Alhamdulillah, setelah hampir setahun kesnya di Mahkamah, maka mahkamah menerima tuntutan fasakh yang kami failkan dan menolak pembelaan suaminya.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.