Mencari pasangan yang susah senang bersama bukan lah satu perkara yang mudah. Apatah lagi pada masa kini ramai yang memandang pangkat dan harta terlebih dahulu barulah hati hati budi masing masing.
Hal demikian kerana ramai yang inginkan hidup selesa pada masa akan datang dan tidak mahu berdepan dengan apa-apa risiko.
Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berbadan dua tidak kisah berhujan panas menaiki motor mencuri perhatian ramai pihak.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @afiqraffali, kelihatan dia sedang merakam isterinya yang sedang hamil ketika berhenti di tepi jalan ketika hujan.
Pun begitu, apa yang membuatkan netizen kagum adalah sikap isterinya yang tidak kisah dan tidak mengeluh menaiki motorsikal dalam keadaan hujan apatah lagi perlu berdiri berteduh menunggu hujan berhenti.
Bukan itu sahaja, malah si suami juga akui risau nak redah hujan dengan keadaannya yang berbadan dua.
“dia pegang perut katanya baby happy main hujan.. masalahnya aku yang risau ni nak redah dengan perut macam tu..”
Mereka juga dikatakan telah mendirikan rumah tangga selama 4 tahun dan lelaki ini juga sempa tmenceritakan pengalaman pahit manis mereka susah senang bersama sewaktu berada di zaman belajar.
Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikle ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 116.1K tanda suka, 4129 komen dan 1241 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap wanita itu yang tidak kisah untuk susah senang bersama apatah lagi untuk bermula segala-galanya daripada bawah bersama orang yang dia cintai.
Dalam masa yang sama, para netizen juga menasihati lelaki tersebut agar tidak sewenangnya menyakitkan hatidan meninggalkan wanita tersebut kerana mereka menyifatkan bahawa wanita seperti itu sukar untuk dicari pada masa kini.
Apa-apa pun semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan kandungan berada dalam keadaan sihat sentiasa serta dipermudahkan urusan bersalin.