Connect with us

Selebriti

Sari Yanti Dikatakan Pilihan Tepat Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kadangkala walaupun tempoh perkenalan itu singkat tetapi memori yang dicipta bersama pasti akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.

Umum mengetahui pelawak, pelakon, pengacara dan juga penyampai radio iaitu Shahmira bin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu baru sahaja kehilangan ‘bidadari syurga’ nya iaitu Siti Sarah Binti Raissudin.

Disebabkan keadaan Sarah semakin merosot, pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan dijalankan.

Namun kini, Susu siapa yang akan diberikan kepada Ayash Affan? Itu yang menjadi persoalan kepada Shuib, yang baru sahaja kehilangan isteri kesayangannya. Sebelum ini bayi yang baru dilahirkan secara pembedahan itu diberikan susu formula oleh pihak hospital.

Memandangkan anak keeempatnya itu dilahirkan secara pramatang, pihak hospital telah meminta Shuib menghantarkan susu ibu untuk diberikan kepada anaknya sekira ada.

Oleh yang demikian, terdapat ramai pihak termasuklah rakan artis seperti Syatilla Melvin yang menawarkan bantuan untuk rakanyya menjadi ibu susuan.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kekeliruan di mana Syatilla telah menjelaskan bahawa susu badan kawan baiknya yang baru lepas berpantang yang akan ditawarkan dan bukanlah miliknya.

Menerusi video temubual Shuib bersama mStar, netizen berasa bangga dan memuji sikap pelawak itu yang menggalas tanggungjawab seorang ibu selepas pemergian isterinya.

Di dalam temubual tersebut terdapat netizen yang mencadangkan Sari Yanti sebagai individu yang sesuai untuk menjadi ibu susuan bagi anak Shuib.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Memandangkan Sari mempunyai anak yang masih kecil dan suaminya Jep juga merupakan kawan rapat Shuib, pelakon jelita itu dikatakan pilihan yang paling tepat.


Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim telah menasihatkan Shuib supaya mencari ibu susuan yang memiliki akhlak yang baik.

“Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik. Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga.

“Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan,”

Seperti yang kita sedia maklum, Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan hasil daripada perkahwinan itu mereka memiliki tiga cahaya mata, iaitu Uwais Alwarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6 dan juga yang terbaru adalah Ayash Affan. Semoga Shuib kuat menggalas tanggungjawab dan amanah ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.