Connect with us

Viral

“Satu dalam sejuta” Lelaki Malu Bersalaman Dengan Isteri Di Hari Pernikahan, Mak Terpaksa ‘Turun Padang’

Pernikahan dalam agama islam adalah fitrah manusia dalam memikul tanggungjawab dan amanat yang paling besar dalam hidup seseorang.

Ia merupakan satu ikatan suci dalam menyatukan dua hati untuk melayari bahtera rumah tangga bersama.

Bagi seseorang yang menjaga batas pergaulan dan kehormatan dirinya sebelum berkahwin pasti akan berasa malu jika berhadapan dengan suami setelah diijab kabulkan kerana mereka tidak biasa disentuh atau menyentuh seseorang yang bukan mahramnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini berasa kekok untuk bersentuhan dengan isterinya dek kerana sudah terbiasa menjaga ‘ikhtilat’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kashfiakif1, kelihatan pasangan pengantin berada di atas pelamin setelah selesai urusan ijab dan kabul.

Dapat kita lihat, si suami berasa sangat gemuruh saat sesi pembatalan air sembahyang dimana lelaki tersebut perlu memakaikan seutas gelang di pergelangan tangan isterinya.

Apa yang lebih lucu adalah, ibunya juga turut datang ke pelamin untuk memaksa lelaki tersebut bersentuhan kerana sudah halal dan berstatus suami kepada wanita itu.

Dapat juga kita lihat lelaki tersebut gugup menghulurkan tangan untuk di salam oleh isterinya dan kelihatan menarik tangannya berkali-kali sebelum berjaya disalam isterinya.

Lelaki itu juga mengusap dadanya berkali-kali mungkin kerana berdebar dan mengesat peluh yang ada di tangan pada jubah putihnya itu.

“Malu sangat sampai mak pula pergi paksa” kata pengguna TikTok ini di ruangan kapsyen

Berikut merupakan video yang tular:

@kashfiakif1 Malu sangat sampai mak plak pergi paksa 😅😂#fyp #pengantin ♬ original sound – Kashfi Akif

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 326.8K tontonan, 27.3K tanda suka, 960 komen dan 1209 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat sikap lelaki itu yang jelas-jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar menjaga batas pergaulannya sebelum bernikah.

Berikut merupakan komen warga maya:


Salute dengan sikap lelaki ini, semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.