Menjelang sahaja musim tengkujuh, pasti ramai yang sudah bersiap sedia menghadapi banjir bahkan kini situasi semakin buruk di sekitar kawasan pantai timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
Ramai yang berhempas pulas menyelamatkan barangan berharga dan juga dokumen penting malah ada yang terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih selamat kerana air banjir meningkat sehingga ke paras bahaya.
Kenderaan yang berada di kawasan parkir mahupun di jalan raya juga tenggelam serta lebih pilu, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan. Namun siapa lah kita untuk menidakkan takdir Allah bukan?
Terbaru, tular di media sosial dimana berlaku satu kejadian ajaib semasa banjir, melibatkan sebuah surau mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @yahibrahimkhan, Seluruh tempat beribadat itu dan kawasan sekitarnya dilanda banjir serta berlumpur selepas surut, tapi ruang solat imam kelihatan kering seperti tidak terusik.
Dapat kita lihat surau tersebut pernuh dengan lumpur tebal berwarna coklat, dan lelaki tersebut sedang menunjukkan ke arah tempat solat imam yang seakan langsung tidak ‘dijamah’ banjir bahkan sejadahnya juga tidak ada kesan walaupun secalit lumpur.
Difahamkan, kejadian berlaku di surau Padang Kubu di Kampung Padang Kubu di Kemaman, Terengganu, selepas dilanda banjir pada Ahad lalu.
“Allahurabbi, hebat caturan Dia sikit pun tempat solat imam tak kena selut. Padahal kawasan ni 100 peratus masuk air dan berselut.
“Team kakak ngaji bersama-sama membersihkan kawasan surau Padang Kubu selepas dilanda banjir besar,” tulisnya
Menurut individu itu yang memaklumkan banjir mulai surut pada Isnin, air mulanya naik mencecah paras pinggang.
“Kalau fikir logik, memang tak masuk akal sedangkan air paras pinggang,” katanya di ruang komen bagi mengulas respons netizen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menzahirkan kebesaran Allah SWT terhadap kejadian yang menakjubkan itu.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka selepas kediaman dilanda banjir, yang menunjukkan tanda kebesaran Allah SWT.
“Masa rumah terbakar hari tu, semua terbakar kecuali al-Quran. Ayat tepi-tepi kertas tu terbakarlah kecuali ayat-ayat al-Quran. sungguh kebesaran Allah,” komen netizen.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman TikTok