Hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei.
Ekoran itu menerusi media sosial, pelbagai reaksi dari rakyat yang sama-sama berkongsi pendapat mereka mengenai berita tersebut.
Antaranya adalah Faizal Tahir yang turut meluahkan pendapat dan kegusaran beliau berhubung pengumuman tersebut atas beberapa faktor.
Kita masih tak ada vaksin dan ubat
Selain itu, menurut penyanyi Mr Ragaman ini, sebelum ini beliau merupakan seorang berpandangan positif ke hadapan.
Namun begitu, berita yang diumumkan Perdana Menteri pada hari ini membuatkan beliau lebih pesimis dan kurang pasti dengan keputusan itu.
Covid-19 melanda seluruh dunia
Tambahnya pula sehingga kini, wabak tersebut masih belum ada penawar dan masih berada dalam proses ujikaji.
Seluruh dunia tiada vaksin ataupun ubat untuk merawat wabak yang memberi kesan kepada seluruh dunia itu.
Disamping itu, Faizal juga turut mengutarakan sekurangnya negara mencatatkan sifar kematian dalam seminggu atau kes menurun kepada 60%, barulah pengumuman sebegitu mungkin boleh dibuat.
Kita tak nampak musuh depan mata
Beliau turut menerangkan, apa yang sedang diperangi ketika ini adalah musuh yang tidak dapat dilihat atau dirasa kehadirannya.
Wabak berkenaan merupakan satu ancaman disifatkan sebagai halimunan yang boleh membawa maut.
Beliau turut mengakui diri bukan pakar dalam bidang ini, namun pada pandangannya keputusan perlu dipertimbangkan dari segi logik akal.
Kita perlu belajar dari sejarah
Menerusi Instagram,penyanyi ini turut berkongsi infografik pandemik selsema melanda Sepanyol pada 1918. Wabak itu melarat selama 2 tahun dengan 3 fasa.
Menurut beliau, majoriti kematian berlaku pada fasa kedua kerana rakyat terlalu cepat meraikan kebebasan dari kuarantin dan penjarakan sosial sehingga meragut lebih puluhan juta nyawa.
Selain itu, posting berkenaan turut mendapat perhatian ramai dan netizen turut membanjiri ruangan komen dengan pendapat mereka.