Sukan berbasikal semakin diminati dan popular bukan sahaja dikalangan kaum lelaki malah ramai perempuan mula menceburi sukan lasak ini.
Tidak terkecuali pelakon Hanez Suraya yang turut melibatkan diri dalam sukan tersebut. Malahan beberapa selebriti seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Nabila Razali juga dilihat aktif dalam sukan ini.
Pengalaman saat ditahan polis ketika berbasikal
Menerusi Instagram, Hanez Suraya berkongsi cerita mengenai pengalaman beliau ketika sedang berbasikal.
Beliau yang mengakui tidak boleh melupakan pengalaman saat ditahan polis ketika sedang berbasikal bersama sekumpulan rakan-rakannya pagi tadi.
Menurut Hanez dia dan kawan-kawannya panik apabila sebuah kereta polis meminta mereka berhenti ketika sedang berkayuh menaiki basikal.
Ingatkan buat salah ketika kayuh
Walaubagaimanapun anggota polis itu bukan mahu menahan mereka kerana melakukan kesilapan sebaliknya hanya mahu bergambar dan memberikan nasihat.
“Ini kejadian kayuh tadi. Ingatkan nak tahan kami sebab salah sebab kayuh ke apa, rupanya abang polis nak bergambar selfie dengan kami”.
“Katanya risaukan kami “Kalau basikal calar tak apa, kalau muka calar macam mana?” Alahaiiii, abang polis prihatin sangat,” katanya.
Saya dah cuak siap telefon suami
Hanez turut memberitahu kerana panik ditahan polis, dia sudah menghubungi suaminya untuk membantu.
“Apa-apa pun saya dah cuak sangat siap telefon suami. Tak tahu lah nak gelak ke nak nangis! Ini serious ONz,” katanya lagi.
Pelakon ini sudah mula menjadikan aktiviti berbasikal sebagai hobi sejak beberapa bulan lalu.