Connect with us

Selebriti

“Saya dalam keadaan tidak sihat selama seminggu..” Eina Azman Masuk Wad, Suami Tidur di Sofa

Pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman memohon maaf setelah lama tidak berkongsi video masakan untuk peminat dan pengikutnya di laman Instagram. Menurut Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, beliau mengalami demam sejak minggu lalu sehingga dimasukkan ke sebuah pusat perubatan semalam. Walau bagaimanapun bagi langkah berjaga-jaga, pelakon berusia 25 tahun itu disahkan negatif selepas […]

Pelakon cantik Datin Paduka Eina Azman hari ini memohon maaf kepada peminatnya di laman Instagram setelah lama tidak berkongsi video masakan.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman telah mengalami demam sejak minggu lalu sehingga dimasukkan ke sebuah pusat perubatan malam tadi.

Namun begitu, untuk tujuan langkah berjaga-jaga, pelakon berusia 25 tahun itu telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan telah disahkan negatif.

“Assalamualaikum semua, saya harap semua dalam keadaan yang baik. Saya minta maaf kerana tidak dapat memuat naik dan berkongsi video memasak kerana saya dalam keadaan tidak sihat selama seminggu (demam).

“Untuk langkah berjaga-jaga, dah buat ujian COVID-19 dan alhamdulillah keputusannya negatif.

“Sekarang saya dalam proses penyembuhan dan akan kembali semula dengan semua idea memasak untuk anda semua.

“Doakan Eina cepat baik okay! Love you guys and thank you for the love and support! Take care and stay safe always.”

Rata-rata para pengikut Eina mendoakannya supaya kembali sembuh seperti sedia kala dan tidak sabar menanti video menu masakannya yang terbaru.

Malah, ramai juga yang memuji keprihatinan suaminya yang setia menunggu dan tidur di atas sofa di dalam wad yang sama dengan Eina.

Semoga Datin Eina lekas sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.