Connect with us

Viral

“Saya datang dulu, saya punya la” Tindakan Pemilik Kenderaan Tempatan Guna Parkir Khas ‘Charge’ Kereta Elektrik Buat Ramai Berang

Terdapat pelbagai teknologi canggih diciptakan bagi kemudahan manusia sejagat, termasuklah penciptaan kenderaan elektrik yang dikatakan lebih mesra alam sekitar.

Iospital phone repair gombak

Ekoran itu, prasarana seperti hab mengecas kereta dibina di beberapa kawasan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik.

Walau bagaimanapun, satu ciapan telah tular baru-baru ini di laman Twitter mengenai parkir khas untuk mengecas kenderaan elektrik itu dirampas pula oleh kereta Axia dan Alza, lapor MStar.

“Kesian private company keluar duit pasang fast charger mahal dekat highway.

“Akhirnya jadi parking lot kereta Alza dan Axia,” luahnya kesal dalam ciapan Twitternya.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @paultank itu juga, diselitkan juga foto yang memaparkan kawasan parkir yang sangat penuh dan padat.

Kemungkinan pemilik kedua-dua buah kenderaan itu sedang mengejar masa dan terdesak menggunakan parkir itu, akan tetapi itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengambil kesempatan menggunakan parkir yang sudah disediakan khas buat kenderaan elektrik itu.

“Saya pergi berhadapan dengan kedua-dua pemilik kenderaan tu, seorang cakap kena tukar tempat ke, berapa banyak nak kena bayar untuk park sini?

“Lagi seorang cakap saya datang dulu untuk parking sini, jadi saya punya tempat la,” tulis netizen berdasarkan foto yang telah dimuat naik itu.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen turut menceritakan pengalaman mereka apabila menyaksikan individu lain yang tidak bertanggungjawab menggunakan parkir khas tersebut sesuka hati mereka.

Antara komen netizen:

Hantaran yang tular:

Continue Reading
Advertisement