Connect with us

Semasa

“Saya Ditinggalkan Suami Akibat Video Game PUBG” Isteri Sarat Hamil Sedih Diabaikan

Permainan video di dalam telefon pintar menjadi kegemaran terutama kaum lelaki tidak kira usia.

Di antara permainan yang terkenal sekarang adalah Game PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG yang sangat popular di kalangan anak muda.

Malah, ada juga yang terlalu ketaagih dengan permainan ini sehingga mengabaikan anak dan isteri.

Satu perkongsian di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa sedihnya apabila suami yang sentiasa main PUBG sehingga menyebabkan kerja dan tanggungjawabnya terhadap keluarga tidak terlaksana.

Kisah ini dikongsikan oleh Tuan Akhtar Syamir di Facebook beliau disamping kata-kata nasihat yang disisipkan bersama.

“Assalamualaikum. Saya dah ditinggalkan suami akibat PUBG. Bukan pengaruh rakan tetapi adik beradik dia sendiri.

“Bisnes ditinggalkan terbengkalai angkara PUBG. Saya yang mengandung empat bulan dan anak pertama tiga tahun ditinggalkan.

“Kami bergaaduh kerana PUBG. Dia selalu tak cukup tidur, marah-marah. Sekali dengan saya yang tengah mengandung emosi jadi tak betul.

“Selalu bergadduh kerana dia susah bangun pagi angkara berjaga main PUBG. Dia tinggalkan saya kerana nusyuz selalu memarahi dan adik dia sendiri menghasutnya.

“Lebih sebulan kami ditinggalkan. Sakit demam kami anak beranak, terpaksa berdikari. Empat tahun saya tahan tengok dia main game. Tapi sebelum PUBG, tidaklah seteruk ini. Tapi bila wujudnya PUBG, semua berubah. Tambah bila adik dia datang.

“Tolong doakan dia kembali. Kalau boleh, nak je saya report tentang game ini,” luahnya kepada Akhtar Syamir, penulis yang sering berkongsi tentang ilmu rumah tangga.
Masih lagi tak percaya kebinasaan akibat KETAGGIHAN game? Berbaloi ke tinggalkan anak isteri demi game?” luah si isteri.

Game dan gaming itu TIDAK SALAH, yang salahnya apabila anda ketaggihan.

Adakah jatuh nusyuz kerana isteri sering memarahi suami yang ketagiihan game?

Kenapa kita terlalu teruk dipengaruhi oleh game yang sepatutnya mendatangkan kegembiraan? Tetapi sebaliknya yang terjadi. Adakah jati diri kita ini terlalu lemah?

BERHENTI menyalahkan isteri apabila anda ketagiihan. Jika anda kata isteri anda membosankan dan menjadi penyebab kepada anda untuk bergembira di dalam game, anda sebenarnya perlukan rawatan.

Keluarga ini kita sebagai suami yang bentuk. Senget je, lurus ke, bahagia ke, tidak ke, kita yang tentukan. Bukan orang lain dan sudah semestinya bukan game ! Cari cara untuk gembirakan keluarga, bukan lari dari masalah dan mencari kegembiraan di tempat lain.

Jika anda rasa menghabiskan masa 4 atau 5 jam ke atas di dalam game setiap hari tatkala mempunyai anak dan isteri adalah sesuatu yang ok, berjaga – jagalah. Tidak lama lagi anda akan terjerumus ke lubang kesunyian yang amat gelap dan dalam tanpa sesiapa pun di sisi.

Kepada isteri, JANGAN sama terjerumus dan menggalakkan ketagiihan ini dengan bermain bersama. Anda hanya akan menjadikannya lebih teruk dan anak – anak anda yang akan menanggungnya.

Kembalilah ke pangkal jalan. Institusi kekeluargaan kita semakin tenat. Kita sebenarnya di ambang kehancuran.

Kongsikan pendedahan ini. Semua wajib tahu tentang apa yang sedang berlaku dan merebak dengan pantas ini !

Saya perlu ingatkan sekali lagi. Game dan gaming itu TIDAK SALAH, yang salahnya apabila anda ketagiihan.

Jemput follow saya  Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.