Connect with us

Viral

“Saya hanya pelakon yang profesional dalam menjalankan tugas” Disoal Tentang Kontroversi Filem Pulau, Ini Respons Alif Satar

Dua bulan sebelum tayangannya, filem seram tempatan yang akan datang, “Pulau”, telah menerima banyak kritikan selepas treler rasmi itu dimuat naik di YouTube minggu lalu pada hari Jumaat (13 Januari).

Iospital phone repair gombak

Filem ini menampilkan barisan selebriti terkenal termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, dan juga pasangan influencer Ms Puiyi dan Mark O’Dea.

Bagaimanapun, treler filem itu telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial. Rata-ratanya menyelar filem itu kerana kandungannya yang dikatakan “eksplisit secara seksual”.

Nama Alif Satar turut dipetik gara-gara menjadi sebahagian daripada filem ini malah memaklumkan, pernah diminta tampil tidak berbaju untuk sebuah babak.

Pun begitu, Alif menjelaskan telah menolak permintaan itu kerana tidak selesa berbuat demikian di layar perak.

“Ada beberapa babak yang saya tolak untuk lakonkan kerana tidak selesa seperti tampil tanpa berbaju di hadapan kamera.

“Saya tahu batas yang perlu dijaga dan tetap berpegang kepada prinsip yang saya amalkan selama ini.

“Kenyataan ini bukan untuk sesiapa, sebaliknya ia merujuk kepada prinsip diri. Pelakon lain ada hak untuk berbuat perkara yang mereka inginkan,” katanya.

Disoal tentang kontroversi yang melanda filem tersebut, Alif berkata, dia enggan mengulas lanjut dan lebih selesa menyerahkan isu tersebut kepada pihak bertanggungjawab.

“Saya hanya pelakon yang profesional dalam menjalankan tugas. Bukan bidang kuasa saya untuk memperkatakan isu ini kerana yang lebih layak menjawab adalah penerbit, Lembaga Penapisan Filem Malaysia dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia, (Finas),” tambahnya.

Kata Alif lagi, dia terbuka dengan kritikan, susulan penglibatannya dalam filem tersebut dan menyifatkan teguran itu sebagai tanda kasih sayang serta keprihatinan peminat terhadap diri serta kerjayanya.

“Walaupun teguran netizen ada kala kedengaran pedas, saya lihat ia dari sudut positif.

“Mereka risau kontroversi yang melanda filem ini akan menjejaskan kredibiliti dan nama baik saya. Jadi, saya faham kalau ada yang menegur dan mengkritik.

“Keluarga, rakan dan peminat yang betul-betul kenal tahu saya orangnya bagaimana dan prinsip yang saya pegang,” jelasnya.

Continue Reading
Advertisement