Kecoh di media sosial semalam apabila telah tular satu rakaman video panas 45 saat seorang lelaki mirip wajah Zul Ariffin dengan aksi yang tak senonoh.
Di dalam kekecohan netizen berteka-teki tentang individu di dalam video tersebut, akaun Instagram (IG) Zul ‘hilang’ tiba-tiba pada malam Selasa lalu.
Perkara tersebut menguatkan lagi khabar angin dakwaan video tersebut.
Walaubagaimanapun, Zul Ariffin menerusi satu penjelasan kepada sebuah portal hiburan XTra, menyatakan kekecewaan dengan perkara tersebut.
Menurutnya, ini bukan kali pertama terkait dengan isu sebegini, Zul menyifatkan dirinya menjadi mangsa teknologi ‘deepfake’.
Menurut Zul lagi, sedangkan muka pencipta Facebook, Mark Zuckerberg pun orang boleh deepfake.
“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya.
“Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni,” katanya.
Zul juga menambah dia tidak menyangka akan menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab dalam menghasilkan video tersebut.
“Tak sangka kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ini orang buat kat ahli politik saja,” katanya dalam nada kecewa.
Apa itu teknologi deepfake?
Teknologi Deepfake adalah istilah baru yang berasal dari gabungan perkataan “deep learning” dan “fake”.
“Deep learning” adalah sebahagian dari kaedah “machine learning” yang berdasarkan teknologi neural networks tiruan.
Frasa “deepfake” dikatakan diperkenalkan pada tahun 2017. Secara ringkasnya teknologi ini digunakan untuk mengadun imej manusia contohnya wajah A di adun ke atas wajah B di dalam satu rakaman video.
Apabila rakaman video ini dimainkan, penonton melihat seolah-olah si A yang sedang beraksi di dalam video walhal sebenarnya wajah A ditampalkan ke atas wajah si B iaitu pelaku aksi yang sebenar.
Pada tahun 2017, BBC.com melaporkan wajah Obama telah dimanipulasi menggunakan teknologi “deep fake” untuk menghasilkan satu ucapan kontroversi.
Terbaru, pada 12 Jun 2019, seorang artist bernama Bill Posters telah menyiarkan video “deepfake” mengandungi wajah Mark Zuckerberg yang berjenaka tentang polisi Facebook.
Rentetan daripada isu tersebut, Zul mengakui berasa sedih kerana menjadi mangsa teknologi dan berharap artis lain juga berhati-hati agar tidak menjadi sepertinya.
“Saya harap, dengan kejadian ini, artis lain juga harus lebih berhati-hati,”