Connect with us

Selebriti

“Saya harap potong rambut dapat buang sakit yang ada dalam diri saya,” Awie Potong Pendek Rambut

Penyanyi rock Dato Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman antara penyanyi rock tanah air kegemaran ramai.

Malah, lakonan mantap dan bersahaja penyanyi rock ini membuatkan filem yang dibintangi oleh beliau sering mendapat perhatian peminat industri hiburan tanah air.

Rasa macam tak berbaloi bela rambut panjang waktu pandemik

Walaubagaimanapun, apa yang mengejutkan peminat penyanyi rock tanah air ini adalah Dato Awie telah mengubah penampilannya.

“Rasa macam tak berbaloi bela rambut panjang waktu pandemik, itu yang saya potong (rambut) tapi jiwa tetap rock.”

Demikian luah penyanyi rock Dato Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman mengenai penampilan terbaharunya berambut pendek yang dikongsi dalam Instagram miliknya, semalam.

Dulu agungkan rambut panjang dan jiwa rock sebab kerja

Menerusi laporan Kosmo, Awie, 53, berkata, dia berasa tidak seronok menyimpan rambut panjang sedangkan terpaksa terperuk di rumah disebabkan pandemik yang masih menjadi permasalahan nombor satu negara sekarang.

“Saya tak tahu nak buat apa. Dahulu agungkan imej berambut panjang dan jiwa rock sebab kerja.”

Musim pandemik terbaring sahaja di rumah

“Musim pandemik ini, persembahan pentas tiada dan terbaring sahaja di rumah. Apa boleh buat.”

“Tambahan pula, saya baru selesai menjalani satu pembedahan pada 29 Julai tempoh hari.”

Tiga hari saya terlantar di hospital

“Tiga hari saya terlantar di hospital dan kemudian terpaksa pulang dan menjalani proses sembuh selama tiga minggu di rumah sebab C19, lebih baik duduk rumah.

“Saya pun tak mahu risikokan diri tinggal di wad lama-lama. Lepas pembedahan itu dan sembuh, saya dapati rambut saya mula mudah gugur.”

Saya bulatkan hasrat nak potong rambut pendek

“Gugur banyak daripada kebiasaan. Itu yang membulatkan hasrat saya nak potong rambut pendek.”

“Saya fikir, tidak mengapa saya potong pendek sementara tiada ‘show’ sekarang ini,” katanya.

Imej rambut pendek dapat leraikan kekusutan

Pelantun lagu Di Penjara Janji itu berharap, imej berambut pendek dapat meleraikan segala kekusutan yang membukit di minda disebabkan pandemik.

Gaya baharu tersebut juga diharapkan menumbuhkan perkara-perkara lebih baik selepas ini.

Saya harap potong rambut dapat buang sakit-sakit yang ada dalam diri

“Tiga minggu saya tak boleh buat apa-apa, cuma terbaring dan jalan dalam rumah saja. Itu semua membuatkan saya jadi kusut dan marah.

“Saya harap potong rambut pendek dapat membuang sakit-sakit yang ada dalam diri saya pergi bersama rambut-rambut yang telah dipotong.”

Saya harap tumbuhlah rambut yang sihat dan rezeki yang baik

“Saya berdoa serta berharap tumbuhlah rambut yang sihat dan baik-baik bersama rezeki dan kesihatan lebih bagus,” katanya.

Ditebak pertanyaan sama ada penampilan baharu ini bermakna dia akan perlahan-lahan meninggalkan muzik rock, Dato Awie menafikan perkara itu.

Janganlah berubah hanya sebab publisiti atau hal berkaitan itu

“Tiadalah sampai begitu. Saya tahu ramai artis-artis kita sekarang yang mula berhijrah ke arah yang lebih baik.”

“Saya juga mendoakan yang baik-baik buat mereka. Tapi kalau boleh, janganlah berubah hanya sebab publisiti atau hal berkaitan itu.”

Untuk saya, jiwa saya tetap rock

“Untuk saya, jiwa saya tetap rock. Rock tetap rock. Tapi saya percaya, hari demi hari, kita akan berubah menjadi manusia yang lebih baik.”

“Kalau tentang rock, itu memang sesuatu yang akan tetap mekar dalam jiwa saya,” ujarnya.


Terdahulu, Dato Awie pernah beberapa kali terkena sakit misteri dan berubat dengan beberapa pengamal perubatan Islam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan penampilan terbaru penyanyi rock kegemaran ramai itu.

Mereka juga berharap agar Dato Awie diberikan kesihatan yang baik dan dapat kembali menghiburkan peminat rock tanah air.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.