Connect with us

Viral

“Saya kena jimat..” Ayah Sanggup Kencing Dalam Botol Selama 5 Malam Demi ‘Dekat’ Dengan Anak Hidap Tumor

Siapa sahaja yang tak sayang anak-anak sendiri bukan?

Iospital phone repair gombak

Bagi setiap ibu dan ayah, anak-anak ini dianggap sebagai permata dalam hidup mereka.

Begitulah kisah seorang ayah yang sanggup tidur di dalam kereta demi mahu ‘dekat’ bersama anaknya yang terlantar sakit di hospital.

Difahamkan, ayah berusia 40 tahun ini tidur di parkir Hopital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang terletak di Ipoh, Perak kerana ingin memantau keadaan anak bungsunya di situ.

Menerusi laporan MStar, Adi Saifullizam Abdul Sani berkata, anaknya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, menerima rawatan di hospital tersebut setelah disahkan menghidapi tumor otak pada hari Jumaat lalu.

Baginya, keadaan anaknya kini stabil selepas pembedahan bagi pengambilan sampel sel dilakukan pada hari Sabtu lalu akan tetapi masih perlu dirawat dan dipantau di HRPB sambil ditemani oleh isterinya.

“Alhamdulillah, setakat petang tadi anak saya dalam keadaan stabil. Kami sedang menunggu sama ada anak akan menjalani kemoterapi, radioterapi atau pembedahan susulan.

“Saya ambil keputusan untuk bermalam dalam kereta di ruang parkir hospital kerana mahu sentiasa dekat dengan anak dan isteri serta standby pada bila-bila masa.

“Nak tinggal di rumah stay (homestay) pun perlu banyak kos. Masa hari pertama saya datang ke hospital cuma ada RM250 di tangan.

“Jadi, saya perlu berjimat. Lebih mengutamakan makan dan minum. Apa yang lebih penting, saya sentiasa dekat dengan anak,” jelasnya.

Namun begitu, dia mengucapkan rasa syukur terhadap rakyat Malaysia yang prihatin dengan bantuan mereka dari segi kewangan.

“Syukur Alhamdulillah juga hari ini ada seorang hamba Allah yang sudi membantu saya membiayai tempat menginap di bilik di sebuah rumah inap berdekatan dengan hospital.

“Sangat dekat, saya berjalan kaki antara 300 dan 500 meter ke hospital bertemu anak dan isteri,” terangnya lagi.

Dikatakan, Adi turut menyatakan bahawa dugaan paling mencabar sewaktu berkhemah selama lima malam itu adalah apabila dia berdepan dengan gangguan nyamuk dan situasi ketika hari hujan.

“Tujuan saya pasang khemah tu sekadar tambahan untuk mengelakkan daripada kena tempias hujan. Ini kerana saya buka tingkap ketika tidur untuk keselamatan dan jimat kos daripada guna aircond… waktu siang saya lebih banyak menunggu di lobi hospital.

“Selain ‘berperang’ dengan nyamuk, paling mencabar bila hujan waktu malam. Lebih-lebih lagi terasa nak buang air kecil, saya guna cara darurat dengan kencing dalam botol,” ujarnya.

Akhir kata, Adi memohon agar orang ramai bantu mendoakan kesihatan anaknya itu agar cepat sembuh.

“Saya juga berharap agar keprihatinan rakyat Malaysia ini diteruskan untuk membantu mereka yang lain dalam kesusahan, dalam apa jua keadaan.

“Walaupun sedikit, saya percaya ia mampu mengubah keadaan. Begitulah yang saya alami dengan bantuan orang ramai.

“Kepada ayah-ayah di luar sana… ketika anak diuji musibah seperti penyakit, kita perlu kuat untuk anak. Kita jadi tulang belakang untuk anak kuat melawan apa yang dihadapi mereka,” tambahnya.

Continue Reading
Advertisement