Connect with us

Viral

“Saya lakukan perbuatan gila & tak ditahan” Pasangan Rusia Harung 36 Jam ‘Mimpi Ngeri’ Panjat Menara Merdeka 118 Cetus Bualan Hangat Netizen!

Terdapat pelbagai aktiviti ekstrem yang diminati ramai, misalnya bungee jumping, flying fox, dan pelbagai lagi!

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, minat seseorang itu tidak bolehlah melampaui batas sehingga boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang ramai.

Terbaru, heboh mengenai satu pasangan yang dipercayai berasal dari Rusia telah menceroboh dan memanjat Menara Merdeka 118 dan salah seorang daripada mereka muncul pula di platform sosial Twitter.

Berdasarkan ciapan yang dimuat naik oleh @AngelaNikolau_ , dia menyatakan bahawa tindakannya itu merupakan salah satu perkara paling sukar yang telah dibuat dalam hidupnya.

“Ia (Menara Merdeka 118) merupakan sebuah bangunan hebat pernah saya kunjungi setakat ini dan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang menakjubkan terutama sekali dengan pemandangan seperti ini.

“Satu penghormatan untuk saya berada di sana, saya telah mengimpikannya sejak sekian lama!

“Sangat teruja dan bersyukur dapat menyaksikan keindahan pada tahap ini,” kongsinya di laman Twitter.

Menurut Angela, dia tidak ditahan sewaktu memanjat menara tersebut yang dikatakan masih belum dibuka kepada umum.

“Saya sudah melakukan perbuatan ‘gila’ dan tidak ditahan.

“Ia pengalaman menakutkan, tetapi dengan penamat yang menggembirakan,” terangnya.

Bukan itu sahaja, Angela turut menerangkan bahawa dia perlu melalui 36 jam ‘mimpi ngeri’ bagi menjayakan apa yang diinginkan itu iaitu memanjat bangunan kedua tertinggi di dunia itu, akan tetapi dia tidak mengulas lanjut mengenai hal berkenaan.

Sebelumnya, foto Angela bersama dengan pasangannya Ivan Beerkus yang diambil menggunakan dron telah dimuat naik di laman sesawang SkyscraperCity.com.]

Melalui hantaran yang dibuat oleh Ivan di laman sesawang tersebut, dia berkongsikan pengalamannya berada di atas puncak menara berkenaan sebagai sesuatu yang ‘gila’.

Namun begitu, hantaran itu tular di Reddit Malaysia dan mendapat respon negatif daripada orang ramai kerana tindakan mereka itu sangat berbahaya.

Menerusi laporan The Star pula, dikatakan pihak polis bakal menjalankan siasatan terhadap pasangan tersebut kerana menceroboh dan memanjat Menara Merdeka 118.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menjelaskan bahawaa pihak pengurusan menara tersebut telah membuat laporan mengenai hal terbabit.

“Kami menerima laporan itu dan kami akan menyiasat lebih lanjut,” katanya.

Bagaimanapun apabila meninjau di ruangan komen ciapan Angela, rata-rata warganet memuji kejayaan Angela yang menghabiskan masa 36 jam memanjat bangunan kedua tertinggi itu.

Antara komen netizen:

Hantaran Twitter Angela:

Continue Reading
Advertisement