Menurut usahawan berjaya ini, idea menubuhkan Pertubuhan Kasih Neelofa ini tercetus beberapa tahun lalu.
Saya sudah lama berhajat
Selain itu, beliau percaya Pertubuhan Kasih Neelofa bakal menjadi platform terbaik untuk dirinya terbabit dengan masyarakat secara total.
“Saya sudah lama berhajat untuk membangunkan sebuah pertubuhhan demi membantu golongan yang memerlukan”.
Saya mahu fokus mendalami masalah masyarakat
“Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa membabitkan saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus 100 peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi masyarakat”.
“Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu itu dan terus berhubung dengannya”.
“Saya mahukan pendekatan seperti itu,” ujar beliau kepada Harian Metro.
Pertubuhan ini rangkum 3 teras utama
Disamping itu, Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi tiga teras utama iaitu keagamaan, kemasyarakatan dan bantuan untuk golongan kurang bernasib baik.
“Teras keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan program keagamaan”.
“Manakala untuk teras kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program-program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan sukarelawan”.
Kami fokus mereka terpinggir dan kurang berkemampuan
“Bagi teras bantuan untuk golongan kurang bernasib baik pula, kami memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim”.