Connect with us

Selebriti

“Saya mahu menghargai saat-saat ini dengan rasa seronok” Perkembangan Terbaru Elyana

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal, 32, kini masih bertarung melawan kanser limfoma yang dihidapi sejak kira-kira lapan tahun lalu.

Walaubagaimanapun, Elyana terus positif menjalani rutin harian sebagai ibu dan isteri kepada keluarga tersayang.

Masih bertarung melawan penyakitnya

Menerusi Berita Harian, Elyana berkongsi perkembangan kesihatannya dan bersyukur dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

 

View this post on Instagram

 

. “CINTA IN YOUR AREA”👧🏻🖤💖 Cinta’s 8th Birthday Party🎉🎊🎁 24 August 2019 | Saturday . Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir ke majlis hari jadi anak @elyanaofficial . Semoga kita semua dapat berjumpa lagi. . Terima kasih kepada semua penaja. Semoga perniagaan anda semua sukses dan dipermudahkan segala urusannya. . – Cakes: 2 tier Blackpink cake: @cakes_by_marnees (pandan gula melaka flavor) Blackpink light stick with number 8 cake: @eatbakerymalaysia (oreo with mint flavor) Blackpink star cake : @eila_bakes (choc moist flavor) – Cake pop: @french_crullers_paris – Cup cake: @thechabakery – Balloon or decoration: @blasterattack.my – Pinata: @pinataattack.my – Doorgift: @toisepopcorn_doorgift @doorgift.9sen @sweetheartcreationresources – Zombie cookies: @zombcookies – Lidah kucing cookies: @yati_bakes – Air balang: (Sirap bandung pearl & Teh bunga) @megazurestoran – Live cotton candy: @mlady_party_candy – Photographer: @scenepicture_official – Videographer: @miezailani – Clown: @acikamatclown – Inflatables bouncing castle: @unclebobtoyrental – Bubble: @zj0980 – Art painting/kaligraf: @khattfareed . Terima kasih semua🙏🏼 . #CintaTurnsEight #CintaInYourArea #CintaBirthdayParty #ElyanaDaughterBirthdayParty #Elyana #ElyanaOfficial #elofc #elofcbyelyana

A post shared by Elyana Official Fans Club (@elofcbyelyana) on

“Saya masih pesakit kanser tahap empat di mana sel kanser masih wujud dalam badan. Cuma, sekarang sakit saya tidak seteruk seperti awal-awal dahulu”.

“Alhamdulillah, tahap kesihatan saya sekarang biasa sahaja. Kadang-kadang saya sakit, ada kalanya tidak”.

Semuanya baik-baik sahaja sekarang

“Ada juga masanya saya penat, seperti mahu ke tandas pun saya letih. Bagaimanapun, semuanya baik-baik sahaja sekarang,” katanya lagi.

Sementara itu, Elyana mengaku sudah lebih setahun dia tidak berjumpa doktor atau pergi membuat pemeriksaan di hospital.

“Kali terakhir saya ke hospital adalah awal tahun lalu untuk menjalani rawatan radioterapi selepas sel kanser menyerang tulang belakang”.

“Keadaan itu menyebabkan saya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda”.

“Sejak itu, saya belum lagi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beri laluan kepada orang yang lebih memerlukan

Tambah Elyana lagi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kritikal, lebih baik ruang diberi kepada pesakit lain.

“Saya fikir lebih elok untuk saya beri laluan kepada orang yang lebih memerlukan”.

“Lagipun, sekarang, saya dalam keadaan baik-baik sahaja. Saya mahu menghargai saat-saat ini dengan rasa seronok,” katanya.

Saya amalkan pemakanan sihat

Kongsi Elyana, tahap kesihatannya itu mungkin kesan daripada amalan pemakanannya.

“Saya fikir apa yang membuatkan saya bertahan adalah pengambilan makanan semula jadi”.

 

View this post on Instagram

 

. HAPPY BIRTHDAY LADY BOSS @elyanaofficial🎉 . 🏖BIRTHDAY PICNIC ELYANA🏖 Date: 6 July 2019 Venue: Taman Seri Empangan, Putrajaya . THANK YOU VERY MUCH TO ALL SPONSORS🙏🏼🥰 Balloon decoration: @wonderballoonsmy . Picnic decoration: @nazdecosurprisedelivery . Cakes: @nadibakes (microphone cake) @butterdigger (liverpool cake) @rainbowbugspartyandevent (white fondant cake) . Shellout: @comot2 . Souvenir/Door gift: @nashalovemisi (cookies) @zliciousbygee (Cake slice) @traceyjellyhouse (Jelly cake) @za.mug (mug) . Banner/Bunting: @littlemalaiqa . Kuih-muih: @farishasumadi_fs (Tauhu bergedil & Popia Sira) . Bouquet: @bunga_by_yana (bunga bouquet) @aleeyafloristandgifts (Choco Bouquet) . Drinks/Beverage: @megazurestoran (bubble tea) @yumcendol (cendol) . Cake Topper: @dailycaketoppers . Dessert: @zliciousbygee (creampuff) @theflowerybake (Mango tango & Cheese tart) @thechabakery (brownies tower) @aiskrimsyasha (ice cream) . . #elyana32th #elyanaturns32 #elyana32 #elyanabirthday #HBelyana #elyana #elyanaofficial #elofc #elofcbyelyana

A post shared by Elyana Official Fans Club (@elofcbyelyana) on

“Saya kurangkan pengambilan ubat, sebaliknya, amalkan pemakanan sihat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kariernya, Elyana masih aktif menerima tawaran lakonan dan nyanyian.

Saya mahu kembali bekerja

Sebelum ini, Elyana sempat menyudahkan penggambaran drama Misi Dania Cun 2 dan mengaku tidak sabar untuk kembali aktif.

“Tidak sabar menunggu pandemik COVID-19 berakhir. Saya mahu kembali bekerja. Antara sebabnya, saya bosan terkurung di rumah selain mahu menjana pendapatan”.

“Saya seronok bekerja. Ketika penggambaran drama Misi Dania Cun 2 di Kedah dan Perlis, saya tidak rasa bekerja pun,” katanya.

Saya seronok melakukan sesuatu yang saya suka

Menurut Elyana lagi, jika difikirkan soal penat memang meletihkan kerana mengembara ke destinasi jauh.

 

View this post on Instagram

 

. Selamat pagi korang! Selamat hari Sabtu. . Terima kasih kerana tak putus-putus berdoa untuk kesihatan Elyana. Terima kasih kerana masih menyokong dan berbuat baik dengan Elyana. Semoga korang mendapat ganjaran yang besar dari tuhan. 🙏🏼🙏🏼🙏🏼 . Tolong jangan putus doakan untuk kesihatan Elyana ye semua. Semoga keadaan dan emosi dia pulih serta mendapat semangat untuk menyambung treatmentnya di hospital. Kita hanya mampu berdoa je untuk dia sekarang. Harap doa-doa kita termakbul dan semua urusan Elyana dipermudahkan. Amin…🤲🏼🤲🏼🤲🏼 . . . . #prayforelyana #fightlikeelyana #elyanatherealcancerfighter #elyana #elyanaofficial #elofc #elofcbyelyana

A post shared by Elyana Official Fans Club (@elofcbyelyana) on

“Penat itu terasa sampai sekarang. Tetapi saya seronok dapat melakukan sesuatu yang saya suka,” katanya.

Elyana gemar memasak

Ditanya aktiviti masa lapang, Elyana gemar memasak dan terdapat beberapa hidangan kegemaran ramai untuk dijual.

“Apabila saya memasak, saya muat naik di Instagram (IG) Story. Dari situ, ada permintaan agar saya menjual juadah itu”.

“Jadi, saya fikir mengapa tidak. Saya memasak dan menjual pun untuk pelanggan berdekatan sahaja”.

Bersyukur kerana masih mampu berpuasa

“Antara sajian yang saya masak adalah nasi lemak, daging masak hitam dan daging berlada,” katanya yang seronok melihat pelanggan berbuka puasa dengan masakannya.

Ketika ditanya mengenai ibadat puasa, Elyana turut bersyukur kerana masih mampu menunaikannya.

“Alhamdulillah, saya masih larat berpuasa memandangkan saya juga tidak perlu memakan ubat mengikut masa tertentu”.

Saya mengambil anak angkat tahun lalu

“Anak saya, Cinta Sumayyah yang berusia sembilan tahun pun berpuasa penuh. Jadi, malulah kalau saya tidak berpuasa” ujarnya.

“Kebetulan, sebelum saya mengambil anak angkat tahun lalu, saya mengupah pembantu rumah. Jadi tidaklah memenatkan untuk mengasuh anak angkat,” katanya.

Terdahulu pada tahun lalu, Elyana mengambil Cahaya Ramadhani sebagai anak angkat. Pada 17 Mei ini, Cahaya genap setahun.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.