“Saya menangis bila dengar..” Umie Aida Kongsi Kisah Berjumpa Neelofa Sebelum Berpurdah
Neelofa atau nama sebenar beliau Noor Neelofa binti Mohd Noor merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia.
Baru- baru ini, pengacara dan pelakon ini telah mengubah penampilan dengan mengenakan niqab atau purdah yang disambut baik oleh peminat termasuklah rakan selebriti.
Antara rakan artis yang memuji perubahan Neelofa ialah pelakon Datin Seri Umie Aida yang turut mendoakan supaya urusan usahawan muda itu dipermudahkan.
Berkongsi cerita pertemuan dengan Neelofa baru-baru ini, Umie berkata dia sebak sehingga menitiskan air mata mendengar luahan hati bekas pengacara program MeleTOP itu.
Lofa, sungguh indah perjalanan hidupmu
“Ayat yang selalu keluar daripada mulut Me (Umie) setiap kali jumpa Lofa, adalah Allah sayang kamu dik. Sungguh indah perjalanan hidupmu”.
“Baru-baru ni Me jumpa Lofa, Me menangis apabila dengar cerita indah daripadanya, sangat indah”.
Semoga Neelofa sentiasa dalam rahmatNya
“MasyaAllah, semoga Neelofa sentiasa dalam rahmat-Nya dan lindungan-Nya. Amin,” katanya menerusi Instastory pada Jumaat”.
Khamis lalu, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha memperbaiki keperibadiannya menghadapi hari-hari mendatang.
Jelas pengacara program temu bual Next To Neelofa ini juga berharap semua pihak dapat mendoakan perjalanan baharunya agar sentiasa dilindungi Allah.
Antara rakan-rakan artis lain yang turut menyokong penghijrahan Neelofa ialah Yatt Hamzah.
Mendoakan agar dia dan kita kuat dalam hijrah dan istiqamah
“Semalam cari bahan-bahan untuk kongsi hari Jumaat, tiba-tiba wajahnya berniqab muncul di Instagram, terus sebak. Mendoakan agar dia dan kita semua kuat dalam hijrah dan istiqamah”.
“Teringat saat-saat awal dia berhijrah, dia kongsi masa berbual dalam telefon sebelum menjemputnya ke program Usrah Suci dulu. Such an inspiration” ujarnya.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan semoga pelakon ini terus istiqamah dan mereka turut terharu dengan penghijrahan yang dilakukan beliau.
Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran bagi kita dalam sentiasa berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari mendatang.