“Saya minta maaf kepada semua..” Neelofa Selamat Jalani Prosedur…
Pengacara dan ahli perniagaan, Noor Neelofa telah memohon maaf kepada tenaga kerja Nilofa Group kerana tidak dapat hadir ke Seminar Minda Jutawan yang diadakan pada 16 September 2020.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Neelofa terpaksa melakukan prosedur endoskopi di saat akhir disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
“Baru selesai dengan prosedur endoskopi. Saya minta maaf kerana tidak dapat berada di sana bersama anda semua.
“Minta maaf semua rakan kongsi, stokis dan ejen Nilofa Group. Keputusan dibuat sehari sebelum atas sebab kesihatan yang tak dapat nak dielakkan,” tulisnya di Instagram Stories.
Dalam pada itu, bekas pengacara MeleTop turut melahirkan rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar.
“Terima kasih @kpjdamansara_official, staf, jururawat dan doktor terutamanya Dr Shukri.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik syukur Alhamdulillah,” tulisnya lagi.
Namun begitu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor tidak mendedahkan penyakit yang dialami.
Sebelum ini, Neelofa menarik perhatian ramai pengikutnya apabila dilihat mengenakan stokin dan berpakaian yang lebih longgar ataupun ‘loose’.
Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi foto outfit of the day (OOTD) terbarunya yang menutup aurat kaki dan cukup sopan untuk tatapan umum.
“Maximised comfort and keeps your look polished,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Memakai seluar di atas paras buku lali dengan sepatu tumit tinggi bertutup, Neelofa tetap kelihatan stail apabila mengenakan sarung kaki berwarna kulit bagi menutup auratnya.